黨内風暴/ RIBUT DALAM PARTI
Parti United Malays National Organisation kini menghadapi persengketaan yg semakin rancak. Terdapat dua blok yg bertentangan terhadap isu-isu yg melibatkan Najib Razak selaku Presiden parti berkenaan. Blok yg lantang menyuarakan kritikan terdiri drpd Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Tun Mahathir Mohammad. Yg di sebelah blok penyokong tegar Najib Razak pula ada Ahmad Zahid Hamidi, Salleh Said Keruak, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan, Tengku Adnan dan Azalina Osman. Namun begitu, beberapa cabang di pelusuk negara ini turut menegaskan pendirian masing2; suara mau Najib Razak mengundur kian terserlah dari Tampin ke Langkawi dan ke Teluk Kemang... Dua minggu lepas (28 November) muncul pula GKCM yg memperkuatkan tuntutan tersebut. Beberapa ahli yg menggesa Najib Razak mengundur telah dikena tindakan satu demi satu, namun momentum itu terus mengembang...
Ok, ayuh kita tunggu dan lihat Perhimpunan Agung Tahunan United Malays National Organisation pd minggu ini akan ada apa-apa detik2 klimaks....
12/12/2015
1.46am
Ulasan
Catat Ulasan