WAKTU PAGI DI PINGGIR KOTAKU
Kubangun dari tidur cetek
mimpi indah tidak berlanjutan;
langit gelap di luar jendela kian pudar
ia bermakna subuh akan menjelma
tidak lama kemudian.
Kedengaran suara azan berkumandang
dari surau dan masjid
yang dekat terletak di kampung tersusun;
ini bermakna para muslim akan bersolat
supaya jihad harian mereka
dapat diberkati dengan hikmah
dan panduan Tuhan.
Pada pukul tujuh pagi,
lampu jalan masih menyala
namun langit separa gelap semakin terang
sinaran mentari mulai menembusi awan
bersama tiupan angin sepoi nyaman;
ku mengayuh basikal kecil
pergi bersinggah di sebuah kopitiam
yang lama diusahakan oleh tauke Tionghua
dan beberapa orang penjaja sarapan
dengan sarapan yang enak
dengan harga yang berpatutan.
Dari rumah-rumah biasa
ku kedengaran suara membaca mantera
nadanya merdu, beralunan lagi berirama
doa suci dilafaz oleh wanita India
demi kesejahteraan kehidupan
demi keselamatan tangga rumah
bunyi loceng nyaring berirama
pecahnya kesunyian subuh tenang.
Ku ternampak juga sekolah menengah lama
megah berdiri di sebelah tapak perumahan
ia tempat yang kupergi dan bersinggah
untuk menimba ilmu dan kemahiran
bersama rakan sedarjah dan sehasrat
pada suatu tempoh masa remaja dahulu;
kulihat murid-murid muda
berpakaian seragam kemas
bersama seluar hijau zaitun atau putih,
atau skirt biru laut muda atau hitam
berhimpun ramai bersama para pendidik
untuk melangsungkan perhimpunan istimewa
buat upacara ringkas sempena Aildifitri.
Kuimbas kembali lagi
detik-detik manis, masam dan pahit
yang turut berkongsi dengan sahabatku
yang bersama denganku
selama lima tahun
yang istimewa lagi bergelora itu.
Tidak lama kemudian,
kusampai di destinasi biasa
ia kedai makan yang jadi pilihanku
kerana kopitiam ini tidak usang
dindingnya telah direnovasikan
ruangnya bersih dan bergaya;
kelihatan penyedia teh dan kopi
dan penjaja kaum Tionghua dan India
mulai bertungkus-lumus
menyajikan sarapan yang enak lagi beraroma
nasi lemak, tosai, mee basah dan kopi putih
kepada setiap pelanggan yang dihormati
tak kiralah warga tua, pemuda atau buruh;
kelihatan juga banyak motorsikal
berparkir di luar kedai ini
jelasnya terbuktilah betapa baiknya
reputasi kedai ini di pinggir kota ini
yang semakin maju dan seiring
dengan arus pemodenan kotoraya.
Setelah sedikit masa ditunggu
sarapan telah siap dan dihidangkan
haba dirasai dari setiap suapan
dan bau harum sebar dari wap;
kusambil menikmati sarapan
sambil menghayati ketenangan pinggir kota ini
yang semakin ramai didiami warga kotaraya
yang semakin dipenuhi kereta dan motorsikal
kelihatan beberapa pohon pokok
teguh bertumbuh malar hijau
di sepanjang tepi jalan
ada juga sedikit burung murai
hinggap atas dahan pokok
berkicauan buat pagi indah.
Dengan adanya suasana tenang ini
kuperoleh ilham berkarya yang segar
lantaran itu,
ku jelmakan ilham ini
kepada huruf, kosa kata
ejaan dan kreativiti;
diharap karangan ini
dapat disimpan lama
sebagai kenangan yang biasa
buat warga kotaraya ini
tapi ternyata istimewa
buat anak perantauan.
mimpi indah tidak berlanjutan;
langit gelap di luar jendela kian pudar
ia bermakna subuh akan menjelma
tidak lama kemudian.
Kedengaran suara azan berkumandang
dari surau dan masjid
yang dekat terletak di kampung tersusun;
ini bermakna para muslim akan bersolat
supaya jihad harian mereka
dapat diberkati dengan hikmah
dan panduan Tuhan.
Pada pukul tujuh pagi,
lampu jalan masih menyala
namun langit separa gelap semakin terang
sinaran mentari mulai menembusi awan
bersama tiupan angin sepoi nyaman;
ku mengayuh basikal kecil
pergi bersinggah di sebuah kopitiam
yang lama diusahakan oleh tauke Tionghua
dan beberapa orang penjaja sarapan
dengan sarapan yang enak
dengan harga yang berpatutan.
Dari rumah-rumah biasa
ku kedengaran suara membaca mantera
nadanya merdu, beralunan lagi berirama
doa suci dilafaz oleh wanita India
demi kesejahteraan kehidupan
demi keselamatan tangga rumah
bunyi loceng nyaring berirama
pecahnya kesunyian subuh tenang.
Ku ternampak juga sekolah menengah lama
megah berdiri di sebelah tapak perumahan
ia tempat yang kupergi dan bersinggah
untuk menimba ilmu dan kemahiran
bersama rakan sedarjah dan sehasrat
pada suatu tempoh masa remaja dahulu;
kulihat murid-murid muda
berpakaian seragam kemas
bersama seluar hijau zaitun atau putih,
atau skirt biru laut muda atau hitam
berhimpun ramai bersama para pendidik
untuk melangsungkan perhimpunan istimewa
buat upacara ringkas sempena Aildifitri.
Kuimbas kembali lagi
detik-detik manis, masam dan pahit
yang turut berkongsi dengan sahabatku
yang bersama denganku
selama lima tahun
yang istimewa lagi bergelora itu.
Tidak lama kemudian,
kusampai di destinasi biasa
ia kedai makan yang jadi pilihanku
kerana kopitiam ini tidak usang
dindingnya telah direnovasikan
ruangnya bersih dan bergaya;
kelihatan penyedia teh dan kopi
dan penjaja kaum Tionghua dan India
mulai bertungkus-lumus
menyajikan sarapan yang enak lagi beraroma
nasi lemak, tosai, mee basah dan kopi putih
kepada setiap pelanggan yang dihormati
tak kiralah warga tua, pemuda atau buruh;
kelihatan juga banyak motorsikal
berparkir di luar kedai ini
jelasnya terbuktilah betapa baiknya
reputasi kedai ini di pinggir kota ini
yang semakin maju dan seiring
dengan arus pemodenan kotoraya.
Setelah sedikit masa ditunggu
sarapan telah siap dan dihidangkan
haba dirasai dari setiap suapan
dan bau harum sebar dari wap;
kusambil menikmati sarapan
sambil menghayati ketenangan pinggir kota ini
yang semakin ramai didiami warga kotaraya
yang semakin dipenuhi kereta dan motorsikal
kelihatan beberapa pohon pokok
teguh bertumbuh malar hijau
di sepanjang tepi jalan
ada juga sedikit burung murai
hinggap atas dahan pokok
berkicauan buat pagi indah.
Dengan adanya suasana tenang ini
kuperoleh ilham berkarya yang segar
lantaran itu,
ku jelmakan ilham ini
kepada huruf, kosa kata
ejaan dan kreativiti;
diharap karangan ini
dapat disimpan lama
sebagai kenangan yang biasa
buat warga kotaraya ini
tapi ternyata istimewa
buat anak perantauan.
Dikarang pada 25-27/7/2014
Ulasan
Catat Ulasan