1/4/2016- ULANG TAHUN PERTAMA BUAT G.S.T.
Hari ini ulang tahun pertama buat pelaksanaan sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (goods and service tax, GST) di Malaysia. Sistem percukaian baharu ini masih tidak dapat diterima secara sukacita sehingga sekarang, walaupun kerajaan 47% banyak menyatakan betapa baiknya sistem ini terhadap pendapatan negara kita. Ramai orang mengadu pasal impak sistem ini dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Menteri yang sangat gemar mengheboh-hebohkan kebaikan GST tu telah merubah jadi 'juruheboh sampingan' benda-benda tanpa GST. Entahlah berapa angkanya GST telah dikumpul dari kita sepanjang 12 bulan lepas.
Walau bagaimanapun, saya harap cukai GST ini tidak akan diguna untuk membayar barangan dan perkhidmatan mewah yg kerap diguna oleh seseorang VIP di Malaysia... Kalau ya, saya entahlah nak cakap apa-apa...

1/4/2016
4.51pm
Ulasan
Catat Ulasan