29/6/2016- PERTELINGKAHAN
Saua rasa suatu pertelingkahan besar akan terjelma dlm parti United Malays National Organisation slps bulan Ramadan dan Syawal berlalu... Tak sangka pula pihak parti cepat2 memecatkan Mukhriz Mahathir dan Muhyuddin Yassin tanpa meminta penjelasan secara bertulis sedangkan mereka tlh beberapa kali menyuarakan keresahan tntng skandal penyelewengan 1MDB semenjak tahun lps. Pada masa yg sama, Shafiee Apdal yg juga mempersoal isu tersebut tlh digantung keahlian sehingga keputusan dimuktamadkan pada suatu hari nanti. Kesian untuk parti ini kerana pertelingkahan antara pasukan pro-Najib dan anti-Najib yg tlh berlaku semenjak tahun lps semakin merancak. Ini berlaku semasa bulan Ramadan yg mementingkan muhasabah diri dan permuafakatan secara harmoni d kalangan umat Islam. Tp konflik ini adalah satu peluang baik untuk pihak pembangkang untuk menjalankan persejajaran baharu sekali gus memantapkan setiakawan.
Tengoklah sama ada kedua2 pasukan tersebut dlm parti United Malays National Organisation ada apa2 taktik baharu untuk menumpaskan pihak lawannya sebelum Pilihan Raya Umum yg ke-14... Kita tengok mcm mane tindak balas (backlash) akan terjelma olh pasukan anti-Najib ni...

29/6/2016
12.32am
Ulasan
Catat Ulasan