25/12/2016- TENTANG HARI KRISMAS

Hari ini 25 Disember. Masyarakat Kristian di seluruh dunia (kecuali penganut2 dari mazhab Orthodox Christian) menyambut hari Krismas sebagai hari peringatan guru kerohanian agung mereka, Jesus (atau Yesus).

Oleh sebab agama Kristian telah lama berkembang (atau berakar umbi) di benua Eropah dan juga di benua Amerika, jadi hiasan bertemakan musim salji bersama elf (orang kerdil), reindeer (rusa kutub) dan Santa Claus senang dijumpai di mana2 tempat terbuka. Adanya globalisasi, semua orang tahu bahawa perayaan Krismas telah menghampiri apabila hiasan Santa Claus dan lain-lain berada di mana-mana tempat.

Sebenarnya, Santa Claus sebagai tokoh perayaan fiksyen diilhamkan daripada seorang biarawan Kristian yg suatu ketika dahulu mendiami di kawasan Turki moden. Beliau adalah Saint Nicholas yg dikenali dengan kesalihan, sifat murah hati dan baik hati terhadap golongan yg memerlukan bantuan. Reputasi inilah menjadikan Saint Nicholas disanjungi di Eropah, dan seterusnya dibawa masuk dalam budaya popular Amerika selepas 1770-an. Semenjak abad ke-19, nama baharu Santa Claus diterbit daripada gelaran beliau dalam bahasa Belanda. Kemudian, cereka dan ciri-ciri tokoh yang mengisahkan Santa Claus telah dipopularkan dan disebarkan seluas-luasnya selepas terbitnya sajak dan kartun karyaan Clement Moore dan Thomas Nast masing2. (Baca di sini)

Oleh itu, untuk umat Kristian dan bukan Kristian yg meraikan hari Krismas, jangan lupa juga mencontohi kesalihan, sifat murah hati dan baik hati yg ditonjolkan oleh tokoh Saint Nicholas dalam kehidupan harian...

25/12/2016
5.49 pm

Ulasan

Catatan Popular