2/7/2017

Saya sekarang mendapati bahawa gaya laporan dalam media massa elektronik dan cetakan (terutamanya yang bertaraf media arus perdana) boleh mengacuankan persepsi am situasi dan menyemaikan gaya penafsiran isu semasa di kalangan pembaca selain menyampaikan apa2 yang berlaku dari masa ke masa. Fenomena ini amat menonjolkan apabila ia sentuh isu2 politik yang berkaitan dengan pemahaman ahli2 politik dan agamawan terhadap dugaan luar biasa (contohnya ulasan2 berbaur teori konspirasi terhadap kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang terbaru), perselisihan kepimpinan (contohnya polemik calon perdana menteri dari perikatan Pakatan Harapan) dan pertembungan antara perikatan/parti pemerintah dengan pembangkang atau (contohnya cara PAS menafsir makna tersirat di sebalik sokongan Lim Kit Siang terhadap Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan).

2/7/2017
11.40 pm

Ulasan

Catatan Popular