30/7/2017

Secara jujurnya, sesiapa yang pernah mengalami zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad akan sangat memahami betapa teruknya prestasi sosioekonomi dan kecelaruan dalam permuafakatan masyarakat antara Melayu dengan bukan Melayu serta antara Muslim dengan bukan Muslim yang sedang menjadi-jadi sepanjang lapan tahun pentadbiran Najib Razak.

Dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi, hampir seluruh rakyat tahu masalah yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka juga semakin celik untuk memperolehi maklumat secara langsung tentang kewibawaan pemimpin pemerintahan dan pembangkang dari media sosial dan alternatif. Perbincangan dan debat rancak tentang pertembungan kepercayaan politik dan agama semakin menjadi-jadi di mana2 ruang komen media sosial.

Menerusi media sosial dan alternatif, saya dapat mengetahui perasaan hampa dan dukacita di kalangan warga kota terhadap Najib-Rosmah masih mendalam. Malah perasaan ini kini banyak kelihatan dalam kawasan2 kubu kuat United Malays National Organisation, rantau luar bandar dan pedalaman yang suatu ketika dulu banyak menikmati insentif kebajikan kerajaan Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah. Sambutan terhadap parti PPBM dan sekutunya yang semakin memberangsangkan di penempatan FELDA adalah contoh yang paling baik untuk menunjukkan suasana tersebut.

Jadi, untuk saya, tsunami politik dari masyarakat luar bandar bakal menjelma bersama pembangkitan kesedaran nasionalisme Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Persoalan sekarang: di Semenanjung, parti pembangkang mana akan mengaut sokongan undi protes yang paling popular susulan tsunami luar bandar tersebut? PAS? Amanah? Ataupun PPBM?

30/7/2017
9.10 pm

Ulasan

Catatan Popular