28/12/2017- PASAR MALAM SUNGAI RUIL

Pasar malam Sungai Ruil terletak di kawasan perumahan dan perdagangan baharu 'Cameron Golden Hill'. Ia dipindah dari tapak lama yang berada di pusat bandar Brinchang. Ia juga berdekatan dengan kampung Orang Asli Sungai Ruil, lebih mudah untuk penghuni mendapat barangan keperluan.




Ia beroperasi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, serta pada hari cuti umum dan sepanjang cuti sekolah, sehingga pukul 11 malam. Semasa tempoh cuti umum, lalu lintas di sekitar jalan Sungai Ruil dan persimpangannya akan menjadi sesak apabila masa menghampiri pukul 6 petang, dan reda apabila menghampiri pukul 10 malam.

Tomato, stroberi dan sayuran hawa sederhana dijual merata2 di mana2 warung dan pasar malam di Tanah Tinggi Cameron.

Jagung manis dan epal yang ditanam di Tanah Tinggi Cameron.

Snek goreng, masakan goreng dan minuman sejuk. Ya, sejuk berais walaupun suhu seluruh Tanah Tinggi Cameron lebih rendah pada waktu malam.

Dikarang pada 28/12/2017, 9.53 pm
Dikemaskini pada 6/1/2018, 5.52pm
Dikemaskini kali kedua pada 28/10/2018, 9.26pm

Ulasan

Catatan Popular