30/12/2017- TRUMP 'SI GILA' DALAM TAHUN 2017
Semenjak Donald Trump, seorang usahawan hartanah yang sering digelar sebagai 'orang gila' (狂人)disebabkan ucapan dan tindak-tanduknya yang luar biasa sepanjang kempen pilihan raya lalu, menjadi presiden Amerika Syarikat mulai 20 Januari 2017, beliau telah melakukan beberapa perkara atau keputusan kerajaan yang memeranjatkan dunia sepanjang tahun ini.
Antara ketiga2 perkara adalah:
1. Dasar larangan kemasukan pengunjung dari tujuh buah negara. Ia diumumkan dan dikuatkuasakan sertamerta mulai petang 27 Januari (dalam waktu masa Amerika Syarikat). Ia ditentang oleh kebanyakan pihak, dan telah diubahsuai semasa digantung oleh pihak mahkamah buat sementara.
2. Pengunduran keanggotaan dari Perjanjian Perubahan Iklim Paris pada 3 Jun. Beliau mengatakan bahawa penyertaan Amerika Syarikat sebagai pihak pemeterai perjanjian berkenaan sejak Disember 2015 merugikan pembangunan ekonomi, memberi layanan yang tidak adil terhadap negaranya serta mengakibatkan kepentingan pekerja terjejas. Walau bagaimanapun, pengunduran ini hanya jadi selepas November 2020.
3. Pengiktirafan Jerusalem (atau Baitul Maqdis) sebagai ibu kota negara Israel pada 6 Disember. Dikatakan untuk membalas budi sokongan umat Kristian Evangelis (Evangelical Christian) dan Yahudi Zionis terhadap beliau dalam musim pilihan raya presiden lalu, tindakan ini membelakangi tradisi presiden2 lalu yang tidak mengumumkan pengiktirafan berkenaan demi mengekalkan peranan pengantara/penimbangtara antara Israel dan Palestin.
Perkara2 lain yang remeh, kelihatan kurang masuk akal tapi memercikkan perbincangan hangat termasuk ralat ejaan 'covfefe' di laman peribadi Twitter yang pantas ditularkan di kalangan pengguna media sosial (31 Mei), sidang khabar media yang penuh dengan pertelingkahan (11 Januari dan 16 Februari), dan pemecatan pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, James Comey sewaktu penyiasatan tindakan campur tangan pihak Rusia dalam pilihan raya presiden giat dijalankan (9 Mei).
30/12/2017
10.03 pm
Ulasan
Catat Ulasan