3/10/2018- POLITIK IDENTITI DAN POLITICAL CORRECTNESS DI BARAT

Kemunculan dan kemenangan Trump adalah disebabkan keloyaan kebanyakan warga AS terhadap budaya 'political correctness' yg melampau akibat politik jati diri atau identiti yg banyak dikelola oleh aktivis, intelektual dan media massa berhala kiri.

Golongan kiri yg juga digelar sebagai 'leftist' oleh konservatif menganggap kedudukan golongan minoriti (wanita, African-American dan L.G.B.T.Q.) yg lemah adalah hasil penganiayaan golongan 'White straight cisgender man' dan 'white privilege' semata-matanya, jadi segala perbincangan dan tindakan yg melibatkan kehadiran golongan minoriti itu harus dikawal rapi supaya mereka tidak merasa tersinggung. Akan tetapi perbuatan golongan kiri itu menyebabkan mereka sendiri taksub terhadap politik identiti sehingga melihat segala masalah dan isu serta menyuarakan tuntutan dari sudut identiti minoriti tanpa mengambil kira 'common sense' dan fakta. Mereka ni juga gemar kasi label 'racist, sexist, misogynic, homophobic' terhadap sesiapa yg lantang melawan hujahnya.

Walaupun budaya 'political correctness' mula terhakis sejak Donald Trump menjawat Presiden Amerika Syarikat, namun kehadirannya masih ada dan berpengaruh luas di kalangan masyarakat liberal. Contoh terkini kelihatan dlm polemik berkaitan karikatur surat khabar yg menunjukkan karenah Serena Williams dlm pertandingan tenis.

p/s: Kemenangan Donald Trump tersebut menyebabkan saya membuat penyelidikan tentang gerakan political correctness, dan akhirnya berpihak di sisi konservatisme kemasyarakatan.

3/10/2018
6.58 pm

Ulasan

Catatan Popular