28/10/2018- 4 JENIS PERIKATAN POLITIK KINI

Sehingga hujung Oktober 2018, arena politik Malaysia ada empat kelompok perikatan politik utama atau menonjolkan yang mempunyai pengaruh di kawasan masing2.

1. Barisan Nasional (BN): Ditunjangi oleh UMNO bersama dengan MCA dan MIC yang mewakili kepentingan politik kaum Melayu, Cina dan India masing2, Ia muncul daripada penjenamaan semula Perikatan dan mentadbir selama 60 tahun semenjak 1957. Perikatan politik yang paling lama di Malaysia. Ia masih menjadi kerajaan di negeri Perlis dan Pahang. Sebelumnya mempunyai 13 rakan kongsi, kini hanya tinggal 4 sahaja.

2. Pakatan Harapan: Berdiri semula dari runtuhan perikatan pembangkang lama (Barisan Alternatif dari 1999-2001 dan Pakatan Rakyat dari 2008-2015), ia berjaya membentuk kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri selepas PRU14. Parti komponen terbesar dari keempat2 rakan kongsi pada setakat ini ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

3. Gagasan Sejahtera: Dibentuk oleh PAS selepas berpisah dengan DAP dan PKR, perikatan ini terdiri daripada PAS sendiri, BERIKAT dan BERJASA pada tahun 2016. Walaupun PAS telah melalui perjalanan perjuangan yang berliku-liku sepanjang persaingan dengan UMNO dan pergelutan untuk kekal relevan di luar bekas perikatan pembangkangnya, ia masih berjaya mempertahankan mandat kerajaan negeri Kelantan dan berjaya menawan semula negeri Terengganu, serta bangkit semula di Kedah. Walaupun kehilangan penyokong ke parti Amanah dan lain2, tetapi ia masih dapat mengekalkan momentum minimumnya menerusi aura kepimpinan ulama di negeri lain yang ditembus olehnya semasa era Reformasi.

4. Himpunan parti politik di Sabah dan Sarawak:
a. Parti Warisan Sabah (Warisan) + United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) yang mentadbir negeri Sabah bersama dengan PKR dan DAP.

b. Gabungan Sabah: Anggotanya terdiri daripada Sabah Progressive Party (SAPP), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR). Parti Harapan Rakyat Sabah yang dipimpin oleh Lajim Ukin telah meninggal perikatan itu.

c. Gabungan Parti Sarawak (GPS): Dibentuk bersama oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United People's Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Democratic Progressive Party (PDP) pada 12 Jun 2018. Ia masih mentadbir negeri Sarawak walaupun mereka membentuk kerajaan berkenaan atas tiket BN bersama dengan United People's Party (UPP) selepas memenangi Pilihan Raya Negeri 2016.

d. Gabungan Bersatu Sabah: Dibentuk bersama oleh Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR, parti yang sebelumnya hanya menganggotai Gabungan Sabah) yang diterajui oleh Jeffery Kitingan, UMNO cawangan Sabah, serta dua parti bekas rakan kongsi BN iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Ini dibentuk sebagai penggemblengan kesepakatan parti2 berkenaan untuk mencabar kerjasama Warisan dengan UPKO dan Pakatan Harapan Sabah.

e. (Perikatan) Sarawak Baru: Dibentuk bersama oleh Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) yang diterajui oleh Lina Soo, Parti Tenaga Rakyat Rakyat Sarawak (TERAS), Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB). Perikatan ini dibentuk untuk mencabar kedua2 Pakatan Harapan Sarawak dan GPS pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang selewat2nya pada tahun 2021.

Justeru, perkembangan politik di Malaya, Sabah dan Sarawak akan menjadi semakin menarik susulan kemajmukan aliran politik yang bercambah selepas PRU14. Persaingan akan semakin rancak demi kelangsungan politik.

28/10/2018
11.45pm

Ulasan

Catatan Popular