20/1/2019- PRK CAMERON HIGHLANDS
Pada hari2 terdekat ini, kawasan tanah tinggi Cameron dan Sungai Koyan yang terletak di kawasan parlimen Cameron Highlands menjadi tumpuan negara kita. Hal ini kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) rancak berlangsung di sana.
Kawasan parlimen ini merupakan kubu kuat buat Barisan Nasional. Pengaruh antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di kawasan ini sama setanding, dan kebanyakan pengaruhnya tertumpu di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Jelai dan Tanah Rata masing2. Oleh itu mereka telah memenangi DUN Tanah Rata tetapi gagal memenangi kerusi parlimen berkenaan berturut-turut dalam pilihan raya umum ke-13 dan ke-14. Terdapat juga undian PAS yang menonjolkan di beberapa PDM di DUN Jelai.
Dari segi demografi pula, kebanyakan kaum Tionghoa dan India tertumpu di kawasan DUN Tanah Rata manakala kebanyakan kaum Melayu tertumpu di kawasan DUN Jelai. Oleh itu, golongan pengundi Orang Asli sering berperanan sebagai pemuktamad juara (kingmaker) di medan pertarungan Cameron Highlands. Selain isu sosioekonomi di kawasan peringinan termasuk dilema petani dalam pemohonan lesen pendudukan tanah tani dan penerokaan tanah haram di DUN Tanah Rata, perkara lain termasuk urus tadbir FELDA, pengawalan harga minyak sawit dan getah, serta isu politik jati diri seperti ICERD, keyakinan terhadap pemimpin Melayu Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan menjadi topik hangat.
PRK Cameron Highlands ini juga ujian buat Pakatan Harapan untuk menentusahkan kekuatan kepimpinan kerajaan pasca-PRU ke-14 di kalangan luar bandar, terutamanya reputasi dalam masyarakat Melayu Muslim dan Orang Asli. Begitu juga dengan Barisan Nasional di mana ia menjadikan PRK ini sebagai pertarungan pembangkitan semula untuk menggalang permuafakatan pihak pembangkang untuk melaksanakan perampasan Putrajaya dari perikatan pemerintah pada PRU-15. Saya rasa calon dari bangsa Orang Asli dipilih sebagai calon Barisan Nasional buat kali pertama untuk menawan pengundi Orang Asli yang sekian lamanya menyokong perikatan tersebut sepanjang 61 tahun lalu, membalas hujah Lim Kit Siang bahawa kerajaan dahulu gagal menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli, serta mempersembahkan wajah baharu untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang pasca-PRU ke-14.
Poster bekas ahli parlimen Cameron Highlands, Dato' Sivaraajh semasa PRU-14 lalu. Beliau terlepas jawatan ahli parlimen pada 15 Disember 2018 akibat keputusan mahkamah yang mengosongkan keputusan kerusi berkenaan pada PRU-14 lalu. Beliau gemar menggunakan cogan kata #WeLeadCameronHighlands di setiap hantaran media sosial beliau sepanjang berkhidmat sebagai ahli parlimen.
Pemandangan perang bendera parti di Tanah Rata semasa PRU-14 lalu. Kini bendera Parti Keadilan Rakyat (berwarna biru muda) diganti dengan bendera perikatan Pakatan Harapan (berwarna merah) dalam PRK Cameron Highlands ini. Bendera bulan PAS yang menyertai pertarungan kerusi parlimen ini tidak kelihatan dalam PRK berkenaan.
20/1/2019
2am
Ulasan
Catat Ulasan