27/1/2019
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Cameron Highlands bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Maka ia boleh menjadi pemangkin untuk mempercepat reformasi institusi pentadbiran dan perundangan negara kita. Kekalahan itu juga bertindak sebagai pemangkin supaya mengambil perhatian untuk menghalang berleluasanya sifat dungu, angkuh dan kecelaruan di kalangan anggota kabinet kerajaan persekutuan. Mereka kena terus bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pahang serta kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu dari segi dasar pembangunan wilayah berkenaan supaya tiada sikap berat sebelah terjelma akibat perbezaan ideologi politik masing2.
Untuk BN pula, inilah saat2 penting untuk membangkit semula dengan wajah baharu untuk menyemak seimbang segala tindakan kerajaan persekutuan PH. Ahli parlimen Cameron Highlands yang baharu ini akan dicatat dalam sejarah negara kita sebagai ahli Dewan Rakyat yang buat pertama kali berasal dari keturunan Orang Asli (suku Semai). Latar belakang kerjaya beliau juga membolehkannya memantau sejauh mana pihak kerajaan, khususnya kementerian dalam negeri membela kebajikan pihak penguatkuasa undang2 dari masa ke masa.
Selain itu, kemenangan ini juga menandakan peluang sudah tiba untuk kedua2 Barisan Nasional, khususnya United Malays National Organisation menggembleng kerjasama dengan PAS atas nama pembelaan maruah dan kedudukan utuh orang Melayu dan umat Muslim di Malaya ini. Perikatan pembangkang ini walaupun kelihatan sedang giat mengecam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai politikus pencanai janji2 pilihan raya, namun mereka kena mengajukan garis2 perjuangan untuk 4 tahun akan datang supaya berperanan sebagai pembangkang yang kuat lagi membina. Selain itu, MCA yang mendakwa dirinya mewakili kaum Cina kena menilai peranan dan jati diri sendiri apabila ia secara tidak langsungnya menjalin kerjasama dengan PAS, seturunya yang sekian lamanya ditentang atas nama 'mempertahankan ciri2 negara sekular daripada dikikis oleh ideologi Negara Islam'.
P/s: Selepas ini dicadangkan calon Pakatan Harapan untuk PRK Cameron Highlands lalu usah dipilih lagi sebagai calon di mana2 pertarungan di pilihan raya umum dan kecil peringkat Parlimen dan DUN. PH juga perlu mencari calon lain yang ada disiplin pertuturan dan celik norma masyarakat.
27/1/2019
10.28pm
Ulasan
Catat Ulasan