19/1/2019- #BOSSKU 'KING OF TROLL'

Pada dahulunya Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam kerap dijadikan sebagai bahan lawak di kalangan warga netizen yang pro-perikatan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Yang turut dijadikan sebagai bahan lawak merangkumi ucapan dan perbuatan menteri2 kabinet beliau.

Kini Najib Razak yang menjadi ahli parlimen pembangkang menjadi raja pelawak (king of troll) pula yang menghiburkan para netizen yang pro-perikatan Barisan Nasional dan PAS. Warga komuniti media sosial yang semakin geram dan curiga tentang kepimpinan kerajaan persekutuan dan negeri Pakatan Harapan pun menggemari lawak beliau. #Bossku menjadi gelaran yang sohor kini dalam laman sesawang Facebook beliau. Yang menjadi bahan lawak beliau sekarang merangkumi beberapa menteri kabinet Tun Dr. Mahathir yang terlibat dalam karenah luar biasa seperti Mujahid Yusof yang menyampaikan coretan 'Warkah dari Cordova' (khas kepada Nurul Izzah Anwar), Lim Guan Eng dan terkini Khalid Samad.

Nampaknya sepanjang 4 tahun setengah yang akan datang ini, kita bakal menyaksikan peranan Najib Razak sebagai raja pelawak yang semakin giat mengkritik prestasi kerajaan persekutuan dan negeri pimpinan Pakatan Harapan+Warisan menerusi hantaran lawak, ejekan dan satira beliau di laman sosialnya. Kalau beliau menjadi artis pelawak politik (political comedian) lagi mantap! Akan tetapi beliau kena melalui cabaran dari pembicaraan mahkamah dan penyiasatan pecah amanah terhadapnya sebelum menongkah langkah ke arah raja pelawak politik yang sebenar!

19/1/2019
11.34pm

Ulasan

Catatan Popular