NAJIB RAZAK FOR OPPOSITION LEADER
Saya rasa Najib Razak sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Walaupun beliau berada di blok kerajaan, disebabkan oleh sokongan Barisan Nasional terhadap pimpinan Mahaidin... Oops, Mahiaddin Yassin, tetapi beliau lebih cekap dan rajin mengkritik kerajaan persekutuan. Beliau turut pandai berjenaka dan bersindiran dgn berdasarkan isu2 semasa. Peranannya lebih macam Ketua Pembangkang yg diidami rakyat kita. Lagipun Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang kelihatan kurang terdedah dan berseni bahasa dlm laporan media massa. Pujian dan sokongan laman Facebook Anwar masih jauh ketinggalan berbanding dgn Najib Razak.
Oleh itu, saya ambik keputusan untuk mengundi Najib Razak supaya beliau menjadi Ketua Pembangkang secara sahih dan rasmi pada PRU15. Akan tetapi, adakah beliau masih layak bertanding pada masa itu? Adakah beliau akan terus bertanding di kerusi parlimen Pekan yg dimenangi sejak tahun 1976?
23/5/2021
6.37 pm
Ulasan
Catat Ulasan