2/8/2021

Sekarang bulan Ogos. Wabak koronavirus masih berlarutan. Biarpun penvaksinan rancak dijalankan dengan kadar harian yang menakjubkan, namun bilangan kes harian dan ICU masih tinggi berbanding dengan tahun lepas dan awal tahun ini. Ekonomi semakin parah. Kemampuan kelas menengah dan bawahan untuk menyara sara hidup sendiri dan keluarganya semakin rapuh. Warga netizen semakin geram, dan ada yang sanggup turun ke jalan raya untuk menyalurkan kedukacitaan terhadap kerajaan pimpinan Mahiaddin Yassin. Politikus terutamanya parti kerajaan masih bengong pasal politik partisan tanpa menghiraukan prosedur perundangan yang sewajarnya.

Kes harian koronavirus yang dilaporkan dari 1 Januari hingga 1 Ogos 2021

Darurat kebangsaan tamat pada 2 Ogos 2021. Namun begitu, darurat dilanjutkan di Sarawak mulai 2 Ogos 2021 selama 6 bulan.

Kes harian koronavirus yang dilaporkan sepanjang Darurat Kebangsaan

Persoalan: Adakah situasi telah ditambahbaik? Adakah lengkuk jangkitan wabak sudah diratakan selepas darurat dilaksanakan selama bulan-bulan ini?

Saya yakin rakyat jelata yang waras dan peka akan situasi terkini akan tahu jawapannya.

2/8/2021

12.30 am

Ulasan

Catatan Popular