NASIB PPBM

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memenangi PRU14 bersama dgn rakan2 sekutu atas tiket PKR. Walaupun bilangan kerusi yg dimenangi olehnya sedikit berbanding dengan PKR dan DAP, namun berdasarkan permuafakatan perikatan yg tlh dimuktamadkan pd awal lalu, jawatan Perdana Menteri diberikan kpd Tun Dr. Mahathir Mohamed yg jg wakil rakyat dari parti PPBM. 4 ahli parlimen dari parti berkenaan telah dilantik sebagai menteri kerajaan persekutuan.

Di peringkat negeri, ADUN dari PPBM telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak, Kedah dan Johor. Beberapa orang ADUN lain jg dilantik sbg ahli majlis mesyuarat bagi negeri2 yg ditadbir oleh Pakatan Harapan. Bagi mencapai tujuan menggantikan United Malays National Organisation (UMNO) sebagai peneraju gerakan politik nasionalisme Melayu yg baharu, PPBM mendarat di Sabah dan Sarawak untuk mengembang liputannya di arena politik pasca-PRU14.

Selepas PPBM keluar dari Pakatan Harapan, menjalin kerjasama dengan BN, PAS dan GPS dan menubuhkan kerajaan baharu pd 1 Mac 2020, Mahiaddin Yassin menjadi PM8. Beliau jg ahli PPBM. 10 orang ahli parlimen yg merangkumi bekas ahli Pakatan Harapan tlh dilantik sebagai menteri persekutuan. Walau bagaimanpun, hanya jawatan Menteri Besar Perak dpt dipertahankan selama 9 bulan sebelum 'dirampas' oleh UMNO. Jawatan yg serupanya di Johor dan Kedah digantikan oleh ADUN dari parti UMNO dan PAS masing2. Hampir 7 bulan kemudian, Ketua Menteri Sabah dijawat oleh ADUN dari parti PPBM selepas gabungan tidak rasmi yg bernama Gabungan Rakyat Sabah berjaya 'merampas' mandat pentadbiran daripada gabungan sekutu parti Warisan pada PRN16.

Nasib malang tidak berhenti di sana. Jawatan Perdana Menteri yg dipegang oleh ahli PPBM akhirnya diganti dengan UMNO mulai 21 Ogos 2021 selepas PM8 kehilangan majoriti ahli parlimen. Namun begitu, demi kestabilan gabungan parti kerajaan dan menonjolkan keyakinan UMNO sebagai peneraju landskap politik pasca-PRU14, 10 orang dari PPBM, tidak kiralah mereka orang lama atau baharu, telah dilantik sebagai menteri.

Dengan adanya kepimpinan PM9 yg didokong oleh UMNO, saya yakin UMNO akan menumpu tumpuan semula terhadap Muafakat Nasional. Saya jg yakin PPBM sedang menjadi lemah selepas kehilangan beberapa jawatan penting, malah berkecenderungan untuk menunduk di bawah UMNO supaya tidak mengulangi kesudahan yg perlu ditelan oleh Parti Semangat 46.

28/8/21

10.15 pm

Ulasan

Catatan Popular