PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK BETUL2 MARI

Selepas 3 bulan darurat tempatan diisytiharkan di Sarawak, akhirnya darurat ditamatkan pada 3 November lalu.

Memandangkan tempoh DUN Sarawak yang penggalnya bermula pada Jun 2016 telah luput pada 6 Jun lalu, maka Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diadakan sebaik saja darurat tempatan berkenaan ditamatkan.

Menurut peruntukan perlembagaan, tempoh 60 hari diberikan untuk menjalankan Pilihan Raya Negeri. Oleh itu, saya teka hari pengundian akan ditetapkan pada suatu hari sebelum tahun baharu 2022 sampai. Barangkali tanggal 25 Disember (hari Krismas bagi orang Kristian) hari pengundian?

P/s: Bila Pilihan Raya Kecil bagi DUN Bugaya (Semporna, Sabah) diadakan? Kalau ada darurat tempatan bagi DUN tersebut, bila mau ditamatkan?

6/11/2021

12.30am

Ulasan

Catatan Popular