PAS DAN BERSATU

Orang lain: Bukankah PAS perlu bersama dengan UMNO? Kan mereka sudah ada buat Muafakat Nasional 2 tahun lepas? Kalau masih nekad bersama Bersatu, apakah PAS yang akan dapat? 

Saya: Ya, PAS telah menjalin kerjasama dengan UMNO atas nama Muafakat Nasional. Tapi ini semasa Pakatan Harapan (atau DAP dalam naratif mereka) menjadi kerajaan. Mereka mau menggembleng semangat api nasionalisme Melayu Islam untuk menghentam DAP dan sekutunya masa PRU akan datang. Sekarang bukan saja DAP dan sekutunya sudah keluar dari Putrajaya, PAS juga menjadi kerajaan bersama Bersatu dan UMNO, jadi PAS berhasrat untuk mendamaikan kedua2 parti Melayu itu supaya menunaikan impian 'Perpaduan Melayu dan Ummah'.

Namun begitu, PAS menyaksikan karenah kepimpinan pro-Najib/Zahid dan akar umbi UMNO yang bukan sahaja asyik pandang serong terhadap Bersatu, malah menganggap bahawa Bersatu wajib bertunduk di depannya sebelum bincangkan perdamaian. Ini menyebabkan PAS merasa kesian terhadap Bersatu. Oleh itu PAS mengambil keputusan untuk bersama Bersatu atas semangat setia kawan. Muafakat Nasional masih diungkit drpd mulut pemimpin2 PAS, tp badan mereka jujur memaparkan betapa eratnya persahabatan dengan Bersatu. Walaupun Mahiaddin sbg Abang Besar PN bukan lagi PM sejak Ogos lalu, tp beliau bukan saja takda gaduh dgn PAS, maka telah membuktikan PAS bhw beliaulah mampu berdiri tegak untuk memerangi UMNO untuk menjadi pewaris nasionalisme Melayu-Islam.

Dlm kata pendek, PAS dpt lbh banyak kelebihan apabila bersama dgn Bersatu: hak penerajuan PN di Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan, serta blh merunding lbh banyak kerusi tandingan drpd Bersatu. UMNO yang mempunyai akar umbi yg sama kuat dengan PAS pasti tidak akan memberi laluan kepadanya begitu saja. Ya, walaupun PAS gagal menangi kerusi di PRN Melaka, tp atas kerjasama bersama Bersatu, PN akhirnya berjaya kurangkan undi UMNO di kubu2 kuatnya, serta menangi 2 kerusi. Lagipun, jika Bersatu berkecundang dlm PRU15 kelak, PAS yg masih ada jentera organisasi yg kuat bakal menjadi Abang Besar PN. Kalau UMNO lemah, maka mcm mana nak terus menerajui politik Melayu sambil menjadi Abang Besar BN?

28/11/2021

6.45pm

Ulasan

Catatan Popular