Catatan ilham dan kisah-kisah di sekeliling... 记載每日所得知同埋特别故仔嘅细電子记录
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
PASCA-PANDEMIK
Kita telah menghadapi pandemik wabak Covid-19 lbh drpd 1 tahun separuh. PKP yg silih berganti tlh diganti dgn Pelan Pemulihan Negara yg merangkumi 4 fasa. Walaupun angka harian masih dlm 4 angka semenjak hujung tahun lepas, namun titik kemuncak pandemik yg hadir sekitar bulan Julai dan Ogos telah berlalu sejak Oktober lalu. Memandangkan kekebalan kelompok (herd immunity) tercapai pd sekitar Oktober lalu, pencegahan wajar dititikberatkan menerusi penyiapsagaan kemudahan hospital dan ICU. Walaupun vaksin (atau suntikan pelali) bukan ubat mujarab untuk menghapuskan koronavirus yg menyebabkan wabak itu, namun ia masih berjaya mengurangkan risiko keparahan dan kematian di kalangan pesakit. Kesan sampingan perlu jg dilaporkan dgn telus supaya mutu suntikan pelali blh dipantau dr masa ke masa, bukan menyekat whistleblower yg mendedahkan kesan sampingan penyuntikan di kalangan lbh lemah.
Virus sentiasa bermutasi. SARS-CoV2 hasil mutasi daripada SARS-CoV dan MERS-CoV yang menyebabkan pandemik SARS dan endemik MERS pada 2003 dan 2014/15 masing2. Ia tidak mengambil peduli populasi manusia sama ada mencapai pelalian sepenuhnya atau tidak. Setakat hujung November tahun ini, 13 jenis varian koronavirus SARS-CoV2 tlh dilaporkan. Yg terkini sepatutnya dinamakan sbg 'Nu' jika betul2 mengikut urutan huruf Yunani, namun ia dinamakan sbg 'Omicron', dan 'Nu' dan 'Xi' diabaikan begitu saja. (Sebab ejaan 'Xi' sama dengan Xi Jinping/習近平, presiden Republik Rakyat China, serta WHO takut tersinggung perasaan warganegara China)
News of new Nu variant, but WHO is jumping the alphabet to call it Omicron, so they can avoid Xi. pic.twitter.com/UJ4xMwg52i
Walaupun koronavirus tetap bermutasi, namun pandemik akan berlalu pd suatu hari kelak. Maka norma kehidupan kita perlu move on ke mode endemik, iaitu hidup bersama virus. Penyahan kehadiran virus dalam kehidupan seharian tidak lagi relevan dlm perkembangan dunia kini. Langkah kuncitara (lockdown), sekatan penerbangan secara semberono dan pengasingan antara yg divaksin dan tanpa divaksin yg sdg diusahakan di negara2 Barat termasuk Australia bukan sj menyebabkan kehuru-haraan dlm kehidupan masyarakat setempat, malah tidak membawa manfaat terhadap pemulihan ekonomi pasca-pandemik. Progran penyuntikan yg dikelola oleh sesetengah kerajaan asing dan Big Pharma dilihat semakin tidak logik dan menyimpang drpd penaakulan saintifik.
We know:
1. Omicron most probably didn't originate in South Africa. It was discovered there thanks to their advanced sequencing labs
2. It is already circulating in most countries
3. It causes mild symptoms
So why most countries are still imposing travel ban on South Africa?
Oleh itu, lebih baik kita mengambil pendekatan saintifik yang berdasarkan penaakulan rasional. Usahlah membingungkan diri sendiri sehingga menjadi paranoid. Saya mengesyorkan kita untuk mengikuti Dr. John Campbell di Youtube kerana ulasan dan analisis beliau bernas dan berdasarkan bukti2 saintifik terkini.
Salah satu video yang dikemukakan oleh Dr. John Campbell tentang perkembangan varian Omicron yang terkini
Selain itu, asal usul koronavirus berkenaan juga perlu disiasat. Terdapat ura2 wartawan siasatan dan dedahan bahawa ia sebenarnya biosenjata yang dikaji selidik di dalam makmal Institusi Virologi Wuhan. Ada juga maklumat didedahkan bhw pengkajian tersebut tlh dibiayai dgn kerjasama pakar virologi China dan Barat.
Walaupun Trump banyak kali mendesak pihak China supaya lebih telus dalam penyiasatan asal usulnya, namun kerajaan Biden tlh tidak lg mengungkit perkara itu.
Ulasan
Catat Ulasan