PRN SARAWAK

Warga Sarawak akan memilih wakil rakyat serta menentukan kerajaan baharu pada 18 Disember kelak. Walaupun tarikh pengundian tidak sepadan degan ramalan saya yang meramalkan 25 Disember (Krismas dan hari cuti umum) hari pengundian, tapi ia tidak terlalu menghampiri hujung tempoh 60 hari.

Walaupun GPS dilihat akan menang besar, persoalan masih hadir sama ada barisan pembangkang Pakatan Harapan Sarawak dan PSB akan terus mendapat sokongan padu di kalangan pengundi kawasan bandar. 

Di samping itu, saya lebih berminat dengan taburan kawasan pilihan raya DUN di bandaraya Kuching, Sibu dan Miri. Rupa2nya corak persempadanan juga semirip dengan bandaraya lain di Semenanjung, di mana pusat bandar dibahagikan kepada 'petak-petak kecil' yang berlainan di peringkat kawasan parlimen.

Nota: peta-peta kawasan pilihan raya dipetik dari laman sesawang Tindak Malaysia. Boleh melayari laman ini untuk meneliti peta berkenaan.

Taburan kawasan DUN di sekeliling bandaraya Kuching.
Kawasan Padungan, Pending dan Batu Lintang- kawasan parlimen Bandar Kuching;
kawasan Kota Sentosa, Batu Kawah, Batu Kitang- kawasan parlimen Stapin;
kawasan Satok, Samariang & Tupong- kawasan parlimen Petra Jaya;
kawasan Pantai Damai, Demak Laut- kawasan parlimen Santubong

Mengikut peta kawasan kerajaan tempatan, rupa2nya kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara lebih luas daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Di sebelah barat dan timur laut Kuching ditadbir oleh kerajaan tempatan yang bernama Majlis Perbandaran Padawan.

Persempadanan kawasan DUN di bandaraya Sibu.
Kawasan DUN Bawang Assan, Pelawan & Nangka- kawasan parlimen Sibu;
kawasan DUN Bukit Assek & Dudong- kawasan parlimen Lanang.

Persempadanan kawasan DUN Pujut, Senadin & Piasau di bawah kawasan parlimen Miri.

3/12/2021
9pm

Ulasan

Catatan Popular