PRN DI 6 NEGERI

8 bulan selepas PRU15, semboyan pilihan raya sekali lagi dilaungkan. Kali ini 6 negeri yang tidak membubarkan DUN masing-masing untuk PRU15 itu bakal menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. 6 negeri tersebut merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Tanggal hari itu juga berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan parlimen Kuala Terengganu.

Kelantan dianggap sebagai kubu PAS yang paling utuh sejak 1990. Berbanding dengan UMNO, ia masih belum berjaya ditembusi oleh PH pada PRU14 lalu. Oleh itu, fokus pada kali ini merupakan kemampuan PH dan BN berganding bahu untuk menembusi kerusi di kawasan Kota Bharu selain mengekalkan kerusi-kerusi di jajahan Jeli dan Gua Musang. Untuk Terengganu pula, sifat kepimpinan Ahmad Samsuri Mokhtar yang lebih menyegarkan berbanding dengan Kelantan dan Kedah telah menaikkan kebarangkalian PN untuk terus menerajui pentadbiran beliau.

Untuk kem PH pula, negeri Pulau Pinang selaku kubu DAP terutuh dalam kalangan 6 negeri ini bakal menyaksikan kerjasama PH dan UMNO untuk menghadapi Gelombang Hijau. Jika UMNO berjaya menyumbangkan kerusi dalam bilangan kritikal, maka ia dapat memperoleh jawatan yang sangat lumayan selepas 15 tahun BN kehilangan tampuk kuasa di negeri ini.

Kedah dan Selangor merupakan medan pertarungan pada kali ini. Hal ini kerana PH dan BN ingin mengalahkan kewibawaan Sanusi di Kedah. Ya, beliau sangat popular kerana gemar sembang dalam bahasa akar umbi sambil menghentam musuh politiknya dengan bernada jenaka. Namun begitu, beliau sangat tidak dialu-alukan oleh penyokong PH, terutamya Cina yang sensitif dengan naratif religious-nasionalism PAS di bawah kekelolaan Hadi Awang.

Selangor pula medan pertarungan yang mustahak bagi PN. Hal ini kerana Selangor sebagai negeri terkaya dan termaju di Malaysia mampu mempengaruhi keutuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan. Memandangkan PN berjaya menembusi daerah-daerah di sebelah utara Selangor selain memenangi Kapar dan Kuala Langat, oleh itu PN Selangor sangat menitikberatkan pertarungan peringkat Selangor. Angkatan itu diketuai oleh panglima utama Azmin Ali untuk mencabar kewibawaan Amirudin Shari. Fokus bagi peringkat Selangor tertumpu di kawasan parlimen Gombak, di mana Azmin Ali dan Amirudin Shari bertanding di kawasan DUN Hulu Kelang dan Sungai Tua masing2.

Kerusi DUN Sungai Tua dan Hulu Kelang menjadi fokus utama di PRN peringkat Selangor. (Sumber peta: Tindak Malaysia)


1.15pm

9/7/2023

Ulasan

Catatan Popular