TUN MAHATHIR & PAS

Pada masa dahulu, Tun Mahathir di bawah UMNO-BN berseteru dengan PAS. Beliau terus berseteru dengan PAS apabila berada di kem PH.

Kini, Tun Mahathir yang gagal pertahankan kerusi Langkawi atas tiket Pejuang berdampingan dengan PN. Selain mengemukakan Proklamasi Orang Melayu yang mengandungi retorik etnonasionalisme yang kian lapuk, beliau turut bersama PAS untuk menyarankan pengundi Melayu Muslim untuk memilih PN demi Perpaduan Ummah. PAS di bawah pimpinan Hadi Awang mendukung retorik etnonasionalisme beliau supaya dapat menonjolkan imej bahawa PN satu-satunya perikatan parti yang mampu menggalang agenda Perpaduan Ummah berbanding dengan UMNO yang kini 'jinak' dengan DAP.

Ya, dulu lawan sampai habis-habisan, sekarang kawan sampai tahap kenalan baharu.


Kalau saya Hadi Awang yang duduk di belakang Tun Mahathir (seperti yang ditunjuk dalam gambar di atas) , saya akan rasa sangat bangga kerana Tun Mahathir yang suatu ketika dulu berseteru dengan PAS kini 'jilat ludah' dan berkawan dengan PAS. 'Padan muka Tun M!' kata dalam sanubari saya. Lagipun, saya juga rasa bangga kerana kehadiran Tun Mahathir di sisi PN dapat melonjak reputasi PN sebagai pewaris gerakan etnonasionalisme yabg jauh lebih berwibawa daripada UMNO untuk melawan pengaruh DAP dan sekutunya dalam politik Melayu Muslim.


28/7/23
11.12pm

Ulasan

Catatan Popular