MUSA AMAN TYT BAHARU

Pada 8 tahun lepas, semasa sesi konvokesyen di universiti alma mater saya, saya pernah berjawat tangan dan menerima sijil tamat pengajian dari Musa Aman, Ketua Menteri Sabah pada ketika itu. Ia merupakan saat pertemuan dengan VIP yang amat jarang dijumpai pada bila-bila masa.

8 tahun kemudian, beliau sebagai bekas Ketua Menteri Sabah dan wakil rakyat telah dilantik sebagai TYT Yang di-Pertua Sabah yang baharu. Dengan bergelaran 'Tun', beliau akan menjalankan tanggungjawab jawatan itu mulai 1 Januari 2025.

Ya, tak sangka pula Musa Aman boleh kembali menjadi tumpuan perbincangan selepas mengundur diri pada Pilihan Raya Negeri Sabah sebelumnya. Saya bukan saja tidak terkilan pada hakikat ini, malah saya menerimanya sebagai saat bersejarah yang luar jangkaan saya.

17/12/24
7.46pm

Ulasan

Catatan Popular