9 MEI 2013
Waktu malam
semalam (8/5/2013), kira-kira pukul 8 malam, satu tempat di Petaling Jaya telah
dicatat dalam lembaran sejarah Malaysia sejak 50 tahun pembentukannya. Stadium
Kelana Jaya namanya.
Pada waktu tersebut, ramai orang menghadiri perhimpunan 'Suara Rakyat Suara
Keramat'. Ia dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Walaupun ia disifatkan sebagai
perhimpunan haram, namun ia telah disambut baik secara luar biasa oleh khalayak
ramai. Hal ini kerana ia merupakan medium terbaik untuk menyuarakan bantahan
terhadap politik perkauman, pilihan raya lalu yang disifatkan sebagai kotor dan
tidak telus; dan berperanan untuk menghimpunkan aspirasi untuk bersatu padu
memerangi puak-puak rasis.
Menerusi gambar-gambar yang disalurkan daripada laman rasmi berita dan juga
laman sesawang media sosial, kelihatan juta-jutaan orang ramai hadir. Kelihatan
kawasan stadium telah penuh dimuat oleh hadirin-hadirat. Tambahan pula,
lebuhraya yang berdekatan atau menuju ke stadium tersebut sangat sesak, menjadi
suatu pemandangan yang amat mengagumkan. Disebabkan laluan trafik di sana
terlalu sesak, maka orang ramai yang belum tiba ke sana terus memparkirkan
kenderaan masing-masing, terus berjalan kaki ke sana. Pemandangan ini amat
jarang kelihatan di dalam kota besar ini.
Perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' atau secara ringkasnya Perhimpunan
508 telah menyampaikan suara kuat buat tanah air kita: sebagai warga Malaysia,
kita perlu bersatu padu demi memelihara watan daripada politik kotor, perkauman
ekstrem. Ia juga menyampaikan hasrat rakyat untuk merombak sistem pilihan raya
yang sedia ada yang disifatkan sebagai kurang adil kepada pihak pengundi.
Setiap pengundi, sama ada berusia muda atau warga emas, wajar menegakkan ciri ketelusan
pilihan raya supaya suara rakyat dapat dijelmakan secara saksama(people voice can be manifested proportionately).
Kesimpulannya, walaupun saya tidak mampu hadir ke aktiviti itu, namun
hatiku telah sampai di sana. Sikap tidak peduli akan perkembangan politik tanah
air yang dulunya bertakhta dalam firasat semakin meluntur. Politik berpaksikan
semangat perkauman semakin luntur dalam kalangan generasi muda. Semangat
1Malaysia yang jitu lagi utuh kian membara dalam sanubari setiap warga
Malaysia, tak kiralah apa-apa kaum/ etnik, agama, status kedudukan, dan tidak
kira lokasi sama ada di tempatan atau di rantau luar negara...
9 Mei 2013
1.21 a.m.
Ulasan
Catat Ulasan