27/8/2014
Kalau seseorang mengambil gambar diri sendiri tanpa bantuan orang lain, ia dipanggil sebagai mengambil selfie. Macam mana ia dalam bahasa Melayu baku? Saya fikir dan akhirnya mencadangkan 'swarakaman' sebagai istilah baharu bagi selfie. Ia terdiri daripada 'swa-' (imbuhan awal yang maksudnya 'sendiri'), 'rakam' dan '-an' (imbuhan akhiran). Mengambil selfie atau selfieing boleh dipanggil sebagai 'meN-swarakam' atau 'ber-swarakaman'. Aktiviti atau proses mengambil selfie pula boleh dipanggail 'per-swarakam-an' atau 'per-swarakaman-an'. Rasa masuk akal tak istilah-istilah itu? Kalau ya, bolehlah kita terus pakai guna. Hehe...
Tapi, kalau dua atau lebih orang bergambar bersama tanpa bantuan orang lain, ia seharusnya dipanggil apa ye?
Erm.....
Jawanpan: Wefie, atau Usfie. Kalau dieja dalam sistem ejaan bahasa, ia dieja sebagai 'wifi' dan 'esfi' maisng-masing. 'Wifi'? Kita sudah pakai guna 'wifi' bagai istilah wifi (sistem jaringan laman sesawang yang tak payah guna penyambungan talian antara wayar dengan komputer).
Saya fikir dan cadangkan istilah baharu 'swarakaman sekawan'. Tapi saya belum fikir lagi istilah yang lebih sesuai untuk mengungkapkan wefie dan usfie.
p/s: Karangan ini hanya pendapat saya.

Ulasan
Catat Ulasan