JALAN SUNGAI BATANG, BATU 10, SANDAKAN (BAHAGIAN 1/2)

Sejak November 1994, Universiti Malaysia Sabah beroperasi di kampus induknya di Kota Kinabalu. Ia terletak di kawasan Sepanggar yang lokasinya berada di timur laut dari kotaraya Kota Kinabalu. Kampus ini juga dibina di kawasan lereng bukit dan persisiran pantai yang mendekati Teluk Sepanggar.

Mulai tahun 1999, kampus cawangan di Labuan mula beroperasi. Ia menempatkan Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa dan Sekolah Sains Informatik. Beberapa tahun kemudian, mulai 2011, kampus cawangan kedua di Sandakan yang menempatkan Sekolah Pertanian Lestari mulai beroperasi. Ia terletak di kawasan luar bandar yang bernama Sungai Batang. Oleh sebab rantau ini berukuran kira-kira 10 batu (dalam sistem ukuran jarak ala Inggeris) dari pusat bandar Sandakan menerusi Jalan Labuk, jadi kawasan itu juga dikenali sebagai 'Batu 10' di kalangan penduduk Sandakan. Dari segi persempadanan pilihan raya, kawasan Sungai Batang tergolong dalam kawasan Parlimen Libaran, dan juga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

Pada dewasa ini, kerajaan Sabah berusaha untuk mendirikan hab (kelompok pusat) pendidikan Sandakan yang berkonsepkan idea penubuhan institusi pengajian tinggi, jalan Sungai Batang telah ditambahbaik dengan pendirian beberapa tiang lampu. Walaupun ia masih belum menyala pada waktu malam, namun ia menandakan perubahan prasarana kawasan luar bandar yang menonjolkan. Selain itu, jalan itu juga dilebarkan dengan menggandakan lorong tunggal (single lane) di laluan sebelah kiri dan kanan masing-masing kepada laluan berganda (double lane).


Selain itu, jalan Sungai Batang ini ada 4 bulatan (kalau saya tak silap), tidak termasuk kedua-dua bulatan di simpang hujungnya di jalan Labuk dan jalan Sungai Manila masing-masing. Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan terletak di kawasan plot tepi anak sungai, dan jalan masuknya disambung ke bulatan jalan Sungai Batang yang keempat. Politeknik Sandakan pula terletak hampir di hujung cabang jalan yang disambung ke bulatan jalan tersebut yang ketiga. MRSM Sandakan pula terletak di kawasan yang berdekatan bulatan jalan sama yang kedua. Terdapat sebuah kilang papan di kawasan plot berdekatan bulatan di simpang jalan itu.

Pada bulan Jun 2014, saya berbasikal untuk berjalan-jalan mengikuti jalan Sungai Batang. Kelihatan kawasan ini memang luar bandar yang sentosa, dan kawasan ini kelihatan memerlukan pembangunan prasarana yang lebih bermutu tinggi. Bulatan berpatung di simpang jalan itu juga perlu diberi penjagaan yang lebih elok. Pada masa yang sama, adakah sangat bermanfaat bagi penduduk Sandakan, warga Sabah dan warga asing jika jalan Sungai Batang ini boleh dipanjangkan supaya ia boleh menyambung ke jalan-jalan utama seperti jalan Airport Quarry.

Baiklah, yang berikut merupakan beberapa gambar yang dirakam semasa saya berjalan-jalan di jalan Sungai Batang ini.

Bulatan simpang hujung jalan Sungai Batang
(maaf sebab patung bulatan ini tidak kelihatan dengan jelas)


Jalan Sungai Batang yang telah dinaiktaraf kepada persiaran yang berlorong dua di laluan kiri dan kanan masing-masing


(p/s: Karangan ini akan dikemaskini pada bila-bila masa)

11/8/2014
9.00 pm

Ulasan

Catatan Popular