7/8/2014
Di dunia ini, terdapat sejenis 'hantu' yang 'berkeliaran' di mana-mana tempat yang rakyat sedang menderita. 'Hantu' ini ialah 'hantu perang'. Mereka gemar akan berperang dengan senjata dan ketagihan keganasan. Mereka suka menggunakan kedua-dua senjata psikologi dan fizikal untuk menakutkan para penduduk tempat yang dilanda peperangan. Merekalah juga berpura-pura menjanjikan kedamaian walhal tiada niat langsung untuk memeteraikan janji kedamaian. Oleh sebab ini, rakyat yang mendiami tempat yang dilanda peperangan sedang menderita, ibarat menahan sakit hati dan badan tanpa rawatan bersesuaian. Rakyat tersebut amat memerlukan bantuan dan perhatian sedunia.
'Hantu perang' tersebut sebenarnya boleh dijumpai di kawasan konflik seperti puak Zionism di konflik antara Israel, Gaza danTebing Barat. Golongan tersebut juga terdapat dan berperangai kebiadapan di kawasan konflik Ukraine-Timur Ukraine dan juga di kawasan tawanan ISIS (kumpulan Negeri Islamiah Iraq dan Syria). Merekalah menjadikan sendiri watak hangat di mana-mana media cetakan atau elektronik. Menurut beberapa media berita dan sumber, konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 8 Julai 2014 bukan suatu konflik yang pertama kali berlaku di rantau Timur Tengah sejak tubuhnya daulah Israel pada tahun 1948. Puak pemisah Donetsk dan Ukraine bertelingkah semenjak tercetusnya pemisahan kawasan Donetsk dari tanah naungan Ukraine. Manakala kumpulan ISIS bermaharajalela di kawasan tawanannya (utara Iraq dan barat Syria) dengan melaksanakan pemerintahan zalim dan penyeksaan umat Kristian di Iraq.
Terdapat beberapa perkembangan baik semasa konflik tersebut berlangsung. Para pendukung kedamaian sedang berganding bahu untuk membentuk solidariti demi menyuarakan tuntutan kemanusiaan. Semakin ramai warga Bumi mengambil tindakan untuk memulaukan tindakan kekejaman 'hantu perang' tersebut. Pada masa yang sama, semakin banyak pemuda juga mengambil peduli akan catuan geopolitik dunia ini. Ini akan membolehkan mereka memperolehi tanggapan geopolitik dan ilmu hubungan antarabangsa yang segar menerusi isu-isu kemanusiaan di kawasan konflik tersebut.
Pada 4 Ogos 2014, beberapa kota di Eropah barat memperingati ulang tahun peristiwa Perang Dunia Pertama yang ke-100. Walaupun Perang Dunia Pertama yang tercetus pada 4 Ogos 1914 telah lama berlalu, namun terdapat sesetengah orang tidak menghargai kedamaian dan kesejahteraan warga Bumi sejagat. Masih terdapat beberapa tuntutan pendamaian masih belum ditunaikan sepenuh-penuhnya walaupun Persatuan Bangsa Bersatu, OIC dan badan antarabangsa lain telah berusaha untuk menyelesaikan dan mematahkan konflik antarabangsa.
Pada kesimpulannya, usaha perlu dipertingkat, solidariti wajar diperkukuh demi kedamaian tamadun manusia di Bumi kita. Yang penting sekali, tanggapan geopolitik wajar diketahui dan difahami.

9.38 pm
Ulasan
Catat Ulasan