20/9/2017

Saya lebih menyanjungi ahli politik yang betul2 professional dalam mencerakin isu2 semasa dengan hujah bernas.

Antaranya ialah Rafizi Ramli, ahli parlimen Pandan yang sering membongkarkan apa2 yang tidak diketahui oleh rakyat biasa. Bersandarkan penyelidikan secara terperinci dan hujah yang bernas, beliau berjaya menyingkap perkara2 yang telah dan sedang berlaku dalam institusi pelaburan (contohnya 1MDB dan FGV) dan arena politik tempatan (pertelingkahan pendirian terhadap usaha kerjasama dengan PAS dalam PRU kelak).

Selain itu, pada 10 April lalu, beliau juga menganjurkan 'mock parliamentary debate' atau debat parlimen mini bersama beberapa orang ahli parlimen untuk membahaskan cadangan pemindaan Rang Undang2 355 yang tidak dapat dibahas secara lanjut. Tindakan beliau ini paling mengagumi saya kerana beliau betul2 hendak memaklumkan pendirian Pakatan Harapan terhadap pemindaan tersebut dengan berdasarkan hujah ilmiah, serta sekali gus meredakan kritikan pedas yang mengatakan mereka tunduk kepada tunggangan DAP (baca kuasa politik 'liberal', 'sekular' atau bukan Muslim).


20/9/2017
12.10 am

Ulasan

Catatan Popular