ARAK OH ARAK
Hanya disebabkan penganjuran pesta arak di KL, parti PAS bertelagah dengan Pakatan Harapan. Berita buruk yang berkaitan dengan pertemuan Najib dengan Trump, serta gimik sidang akhbar yang tidak gempak langsung tenggelam dari tumpuan masyarakat begitu sahaja.
Pembahasan hangat sedang dan masih terjelma dengan rancak antara golongan Muslim yang membantah aktiviti tersebut dengan bukan Muslim yang mempertikaikan bantahan itu. Ia dimangkin dengan percikan pertelingkahan pendirian antara parti PAS dan kumpulan Islam, parti Amanah dengan DAP, MCA dan Gerakan. Akan tetapi ada satu parti yang kepimpinan tingginya langsung tidak menyuarakan pendiriannya terhadap polemik pesta arak KL itu. Erm... Nampaknya kita bakal menyaksikan babak2 pertikaian politik identiti yang semakin rancak 'digoreng' untuk mengepung minda masyarakat berbilang kaum menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Saya bukan penggemar tegar minuman beralkohol, juga bukan penggalak pembudayaan amalan tersebut, tapi saya boleh mengambil Anglia Sandy®, campuran lemonade dengan bir yang mengandungi 1% atau lebih sedikit kandungan alkohol jikalau minuman beralkohol saja disediakan dalam majlis jamuan. Saya sedar bahawa ada jenis2 minuman beralkohol boleh diambil bagi tujuan perubatan dan pemasakan/kulinari. Jadi saya menghormati dan memahami keresahan pembantah penganjuran pesta arak tersebut. Saya juga memahami kemusykilan masyarakat terhadap suara bantahan tersebut. Pesta arak yang ingin dianjurkan adalah acara komersial (commercial event) semata2nya untuk menyelidik potensi pasaran. Kebetulannya gaya acara itu semirip dengan Oktoberfest (pesta bir yang dianjurkan di wilayah Bavaria, Jerman semenjak kurun ke-19). Untuk saya, perkara yang amat diperlukan dalam masyarakat celik huruf dan pintar minda adalah penghujahan ilmiah dari golongan konservatif sosial (iaitu golongan pembantah tegar pembudayaan pengambilan minuman beralkohol dalam isu ini).
🍺🍸✅❌❔❗
Dikarang pada 21/9/2017; dikemaskini pada 28/9/2017, 11.11 pm

Ulasan
Catat Ulasan