10/3/2019

Terdapat garis perbezaan yang halus antara politikus dan negarawan.

Politikus masih berjiwa pembangkang dan gemar menyemarakkan sentimen penyokong tegarnya walaupun dia bukan lagi pembangkang. Dia taksub akan ideologinya dan enggan mengenalpasti hakikat sosioekonomi serta memandang rendah terhadap percaturan politik yang dinamik dari masa ke masa. Dia lupa juga berusaha menarik sokongan pengundi atas pagar dengan prestasi dan rancangan pentadbiran berjangka panjang.

Negarawan pula cepat menyahkan jiwa pembangkang dari tanggapan sendiri selepas berpegang kuasa. Beliau pragmatik dan sedia menghadapi segala percaturan politik dari masa ke masa. Beliau juga bersungguh2 untuk menunaikan janji2 pilihan raya sebanyak mungkin, dan kerap turun padang untuk meneliti hakikat sosioekonomi dan percaturan politik supaya dapat mengemukakan strategi yang menguntungkan serta menarik sokongan di kalangan pengundi atas pagar.

10/3/2019
12.06 pm

Ulasan

Catatan Popular