PERSAHABATAN DAN PENGGABUNGAN PARTI POLITIK

Penjalinan persahabatan (companionship formation) antara United Malays National Organisation (UMNO) dengan PAS memang tidak mengejutkan, sekurang2nya bagi saya sendiri. Ahli parti AMANAH pun berasa sedemikian. Pada masa yang sama, ada anggota perikatan Pakatan Harapan (PH) menyindir, ada yang bingung sehingga ulasan bertahap separuh masak (half-baked) diterbitkan olehnya, ada yang dengan matangnya menyarankan sesuatu tindakan susulan yang wajib diajukan untuk menghadapi situasi terkini.

Sebenarnya apa2 yang UMNO dan PAS lakukan sekarang hampir sama seperti yang berlaku antara PH dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada bulan2 menjelang PRU-14. Namun begitu, kedua2 gerak-geri politik tersebut ada perbezaan yang ketara. Penjalinan persahabatan antara WARISAN dengan PH dilakukan dengan adanya persetujuan rakan2 kongsi yang sepakat. Dalam kata lain, semua pemimpin tinggi dalam perikatan itu sedar akan peranan dan potensi WARISAN dalam strategi pilihan raya di Sabah, bukan hanya menumpukan apa2 kelebihan yang bakal diperoleh oleh parti komponen sendiri. Untuk penjalinan persahabatan yang dilakukan antara PAS dengan UMNO pula, ia dilakukan hanya berdasarkan persetujuan kepimpinan UMNO sahaja. Pendapat MCA dan MIC tidak ditinjau terlebih dahulu, maka terpaksalah mengakui apa2 yang telah dilakukan oleh UMNO (selaku abang besar Barisan Nasional). MCA yang selamanya lantang menghentam ideologi dan perjuangan PAS terpaksa menerima hakikat pedih ini, maka mengambil keputusan untuk kekal dalam Barisan Nasional demi kesimbangan kuasa politik bukan Melayu-Islam susulan kerjasama rasmi antara UMNO (ketua perikatannya) dengan PAS.

Selain itu, parti WARISAN sudi memberi peluang atau kekosongan untuk rakan baharunya (DAP dan PKR Sabah) supaya pertarungan antara barisan sendiri dengan pesaing politik utamanya (iaitu Barisan Nasional) dapat dilakukan dengan sebanyak mungkin walaupun ia tetap menghadapi pesaing lain seperti Gabungan Sabah. Ia dilaksanakan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Sabah. Contohnya, Darrell Leiking yang merupakan bekas ahli parti PKR dipersetuju untuk terus bertanding di kawasan Parlimen Penampang walaupun beliau pada masa kini merupakan pemimpin kanan WARISAN. Walaupun ada sedikit percanggahan dalam pelaksanaan rancangan tersebut seperti yang berlaku di kawasan Parlimen Batu Sapi, tapi kerjasama sedemikian menyumbang kepada kemenangan PH. Untuk PAS pula, ia masih tiada pendirian jelas terhadap saranan pengerusi UMNO yang menyerukan penggabungan kedua2 parti berkenaan. Pada setakat ini tiada perasaan teruja dizahirkan oleh pemimpin tinggi terhadap perkongsian kuasa dalam kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu walaupun UMNO telah bersiap sedia memasukkan kepimpinan PAS tempatan ke dalam pasukan pentadbiran di Pahang dan Perlis.

WARISAN berjaya menggocakkan arena politik Sabah dengan memperhebat gelora anti-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum lalu di Sabah, justeru membolehkan PH untuk mendirikan kerajaan persekutuan di Putrajaya. Ia secara tidak langsung mencipta peluang untuk menyertai barisan kepimpinan kerajaan tersebut selain memperoleh kekuatan utuh untuk menentusahkan mandat kerajaan negeri Sabah. Walaupun WARISAN parti tempatan yang melandaskan nasionalisme Sabah, tetapi peranannya masih menonjolkan dalam perkembangan landskap politik Malaysia.

Memandangkan PAS dan UMNO yang baru menjalin persahabatan politik masih mempunyai kekuatan sendiri untuk mengaruh persepsi politik di kalangan Melayu Muslim Malaya yang sangat menjuarai ketuanan/dominasi Melayu Islam dalam superstruktur tatanegara Malaysia, justeru perkembangan landskap politik di Malaya selepas ini amat berbaloi diperhatikan. Adakah kedua2 parti tersebut dapat menggembleng kekuatan, tanpa menghiraukan MCA dan MIC yang mewakili pemain politik bukan Melayu-Islam, untuk merampas mandat kerajaan persekutuan dan negeri dari PH walaupun UMNO di Sabah semakin kelainan berbanding dahulu serta kedudukan PAS yang masih lemah di Sabah dan Sarawak? Kesudahan bakal terjelma pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

23/3/2019
10.10pm

Ulasan

Catatan Popular