ANDAIAN

Jika Barisan Nasional (BN) ada menjalin perikatan pilihan raya secara strategik dan rasmi dengan Gagasan Sejahteta (GS) yang diterajui oleh PAS semasa PRU14 lalu, dan semua parti dan perikatan politik lain tidak terasa apa2 terhadapnya, serta pengundi mengisi undian mereka dengan pola yang sama, maka kerajaan persekutuan bakal dipegang bersama2 oleh BN dan PAS. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan (PH) bakal terus menjadi pembangkang dengan berjaya mempertahankan kubunya yang kebanyakannya berada di kawasan bandaraya. Silap2 Najib Razak mungkin melantik Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua! Parti2 tempatan dari Sabah dan Sarawak masih berada di dalam barisan pentadbiran dan terus menikmati haburan politik walaupun mereka tidak menerima garis politik PAS, justeru tiada perasaan waswas timbul terhadap kedudukan PAS yang penting dalam struktur kerajaan persekutuan berkenaan.

Kenapa saya bilang begitu? Berdasarkan andaian tersebut yang berlandaskan bilangan undi yang diperoleh oleh setiap parti perikatan politik, sebanyak 96 daripada 165 kerusi parlimen di Malaya bakal dimenangi oleh perikatan pilihan raya BN-PAS. Bilangan ini hampir berganda dua berbanding dengan jumlah 49 kerusi yang telah dimenangi oleh BN pada PRU-14 lalu. PH pula hanya bakal memenangi 68 kerusi, lebih sedikit daripada jumlah 97 kerusi yang ditawan pada PRU-14 lalu. Satu kerusi parlimen (Batu) masih bakal ditawan oleh calon bebas yang pro-PH. Pada masa yang sama, BN masih kekal memenangi 19 kerusi parlimen di Sarawak, serta menambah satu lagi parlimen tawanannya (iaitu Putatan) selepas memenangi 11 kerusi parlimen di Sabah. Lantaran itu, BN berganding bahu dengan PAS memenangi 127 daripada keseluruhan kerusi parlimen, dan akhirnya berjaya mendirikan kerajaan persekutuan. Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Dato' Seri Wan Azizah pula terpaksa mengaku kalah, dan mejadi ketua pembangkang parlimen. Mereka juga kena menghadapi kecaman pedas dan pergolakan kuasa dalam perikatan pembangkangnya susulan kerjasama yang gagal membuahkan kemenangan antara DAP dan PKR dengan 'Jebon/Anwarinas' dari Amanah (parti cebisan dari PAS) dan 'Mahazalim' dari PPBM (parti cebisan dari UMNO).

Dalam andaian itu, selain mempertahankan kebanyakan kerusi di Pulau Pinang dan lembah Klang, PH Malaya bakal berjaya  menawan sekurang2nya separuh daripada jumlah kerusi parlimen di Johor, serta beberapa kerusi parlimen yang bertaburan merata2 di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Malangnya, ia bakal kalah teruk di seluruh kawasan Pantai Timur serta negeri Kedah dan Perlis (kecuali kerusi parlimen Langkawi dan Alor Setar).

3/3/2019
11.20 am

Ulasan

Catatan Popular