PEMBELAJARAN TULISAN JAWI SEBAGAI WARISAN KEBUDAYAAN
(Karangan lama yang mula dikarang pada November 2018)
Saya sebenarnya setuju akan jawapan timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching semasa persidangan Parlimen baru2 ini (31 Oktober 2018) terhadap usaha2 kementerian berkenaan untuk menyubur dan memperkasa penggunaan tulisan Jawi. Pengajaran tulisan Jawi sebagai seni warisan amat berguna untuk bangsa Melayu dalam penghayatan karya2 orang dahulu. Lagipun ia sumber kebudayaan Melayu yang diwarisi secara turun-temurun semenjak kedatangan Islam di Nusantara. Oleh itu, amalan pengajaran tulisan Jawi sebagai tulisan warisan di kalangan pelajar bukan Melayu dan bukan Muslim boleh diperkenalkan menerusi aktiviti kokurikulum dan sebagai komponen tulisan warisan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Yang penting pengajaran itu haruslah bersifat pilihan/opsyen, dan pelajar wajar digalak secara positif untuk menghayatinya dari segi kebudayaan dan penggunaan praktikal, bukan atas sebab kemahuan untuk menambah markah cemerlang dalam peperiksaan. Dorongan yang bersesuaian diperlukan supaya warisan ini diwarisi sepanjang era globalisasi ini.
----
Saya pertama sekali mengenali tulisan Jawi semasa tingkatan 4. Di dalam buku rujukan Sejarah terdapat sebuah ilustrasi yang menyertakan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Pada masa yang sama, ada seorang rakan sekelas Melayu mengajarkan saya asas abjad Jawi (dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Arab seperti yang sering disalahfaham oleh orang lain bahawa tulisan Jawi=bahasa Arab). Sedikit tapi berguna. Sekarang saya kadang2 ada menonton video pengajaran tulisan Jawi di Youtube, dan berusaha melatih diri untuk membaca ayat2 Melayu bertulisan Jawi secekap mungkin.
Terdapat juga tanda jalan, bangunan dan institusi yang mengandungi tulisan Jawi selain tulisan Rumi. Ada kebaikan juga untuk memaparkan tulisan Jawi bersama dengan tulisan Rumi yang sedia ada supaya menggalakkan penggunaan selain menandakan bahawa pewarisan kebudayaan itu masih berlangsung.
Yang berikut adalah contoh tanda jalan dan institusi yang memaparkan tulisan Jawi (yang diambil oleh saya semasa berada di tempat2 berkenaan):
Yang berikut adalah contoh tanda jalan dan institusi yang memaparkan tulisan Jawi (yang diambil oleh saya semasa berada di tempat2 berkenaan):
Bonus: Salah satu ulasan yang amat menarik tentang amalan tulisan Jawi pada zaman moden: sini
25/3/2019
Ulasan
Catat Ulasan