LAGU2 MELAYU KEGEMARAN SEPANJANG DEKAD 2010-AN
Saya berasal dari masyarakat Cina yg tebal dgn budaya Cina Kantonis. Oleh itu saya tidak pernah melayan lagu Melayu sebelum melanjutkan pelajaranku ke pusat pengajian tinggi dari tahun 2012 ke 2016. Disebabkan kehadiran lagu2 Melayu yg ketara di mana2 tempat awam seperti di dalam bas bandar, jadi saya turut terpengaruh dan melayannya. Rupa2nya terdapat lagu2 Melayu yg betul2 sedap kedengaran. Bukan semua, tapi ada beberapa lagu yg boleh disenaraikan dalam koleksi kegemaran saya.
Oleh sebab hampir keseluruhan masa saya berada di Sabah sepanjang zaman pengajian tinggi, jadi lagu2 popular Melayu oleh artis Sabah telah disenaraikan dalam koleksi kegemaran saya. Lagu2 Stacy adalah antara yg paling awal saya kenali. Ia terdiri daripada 'Pelangi Senja' (2012), 'Bosan' (2013), 'Gilalah' (2014), 'Not for Sale' (2015). Lagu yg betul2 popular semasa saya mula melanjutkan pengajian tinggi di Sabah ialah 'Anak Kampung' berversi adunan oleh Jimmy Palikat bersama kumpulan One Nation Emcee (2012). Ia diterbit daripada nyanyian asal 'Tanak Kampung'. Lagu inilah sentiasa dimainkan semasa majlis kebudayaan dan kesenian pada ketika itu. 'Original Sabahan' dan 'Sumandak Sabah' (2018) turut lagu2 kegemaran saya.
Lagu Melayu bergenre rap (R&B) turut salah satu kegemaran saya. 'Amboi' (2016), dan 'Bunga' (2018) oleh Altimet, serta 'Kalau Aku Kaya' (2013) yg dinyanyi bersama Awi Rafael wajar disyorkan kepada semua kerana liriknya mengisahkan kehidupan masyarakat kini serta menyampaikan sindiran dan nasihat menerusi aturan irama yang menghiburkan. Lagu2 kegemaran saya turut termasuk 'Teman Pengganti' (2012), 'Baek' dan 'EVO' (2015). Saya turut melayan lagu berunsur muzik elektronik seperti 'Bukan Hal Aku' dan 'Luar Biasa' (kuanggap gaya penyanyi menyanyi semacam Justin Bieber). Hehe...
Selain itu, lagu2 comel, ceria dan jiwang pun saya suka. Antaranya 'Cinta Muka Buku' (2011), 'Untuk Dia' dan 'Kosong' (2012) oleh Najwa Latif yang telah berkecimpung dalam industri muzik sejak umur remaja, ''Lelaki Seperti Aku' (2011), Aku Suka Dia' (2012), 'Hantu Atau Buaya' (2014), 'Jangan Jangan' (2015), 'Amalina' dan 'Police Entry' (2018). Lagu 'Pematah Hati' (2017) masih dikira sebagai lagu kegemaranku walaupun saya tidak suka penggunaan slang media sosial dalam bahagian 'bridge'.
Walaupun saya bukan peminat lagu 'metal rock', namu terdapat lagu kegemaran yang bergenre 'Soft rock'. Antaranya 'Potret' dan 'Obses' (2015) oleh Akim (suami Stacy Anam) & The Majistret, 'Hang Pi Mana' (2016) oleh kumpulan kugiran yg bernama Khalifah, dan 'Bunga' (2017), 'Paku' (2018) oleh Ara Johari. Suara mereka berjaya menghidupkan roh lagu. Balad yang irama muziknya ada sikit semacam 'soft rock' seperti 'Sudah Ku Tahu' (2016), 'Warkah Untukku' (2016), 'Jampi' (2017) dan 'Vroom Vroom' (2019) juga mempersonakan.
Akhir sekali, saya anggap lagu 'Bermula Kita' nyanyian Yuna sebagai simbol harapan dan ilham buat tanah air kita supaya ia terus membangun dan bersinar semula di mata dunia dalam dekad 2020-an yang akan datang. Tambahan pula, lagu 'Terbang' nyanyian Yuna pada tahun 2014 mengharukan semua orang. Selain itu, bagi saya, lagu itu yang digunakan sebagai lagu tema dokumentari 'M for Malaysia' (2019) juga berperanan sebagai peringatan buat kerajaan Pakatan Harapan supaya memegang janji2 yang harus ditunaikan sebanyak dan secepat mungkin di sepenjang penggal ini.
30/12/2019
7.41 pm

Ulasan
Catat Ulasan