ROMBAKAN KABINET

Rombakan kabinet biasanya dilakukan untuk meningkatkan mutu anggota jemaah menteri dalam pentadbiran negara. Sifat kepimpinan seseorang dalam jemaah itu dinilai sebelum keputusan dibuat sama ada dipindah ke kementerian lain, menaik pangkatnya ke jawatan menteri, atau digugurkan daripada jawatan sedia ada.

Sekiranya Tun Dr.Mahathir ingin merombak kabinetnya yang dibentuk selepas PRU-14 lalu, saya sendiri mengharapkan perubahan jemaah kabinet boleh dimulakan dengan langkah2 seperti yang berikut:

1. Penyingkiran: Waythamoorthy Ponnusamy, Mohd Redzuan Mohd Yusof (disebabkan oleh prestasi dan karenah komunikasi mereka yang sangat lemah dan menjengkelkan)

2. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu digugurkan supaya Anwar Ibrahim (ahli parlimen Port Dickosn) boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, serta menunaikan janji Pakatan Harapan PRU-14 lalu bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Dr. Mahathir mengundur diri.

3. Pemindahan portfolio:
a. Teresa Kok dipindah ke Kementerian Wilayah Persekutuan, serta diganti dengan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (ahli parlimen Hang Tuah Jaya) yang pada masa yang sama menjadi Menteri Industri Utama. Timbalannya Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (ahli parlimen Sri Gading).
b.. Zuraidah Kamaruddin dinaik pangkat dan mengambil alih portfolio Wan Azizah menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

4. Pelantikan baharu:
a. Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
b. Mustapa Mohamed (ahli parlimen Jeli) dilantik menjadi Menteri Pembangunan Usahawan kerana beliau mempunyai pengalaman pentadbiran (semasa beliau berada dalam Barisan Nasional sebelum PRU-14) yang boleh membantu jemaah kabinet.
c. Menteri dan Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) baharu: Maria Chin Abdullah, atau salah satu anggota parlimen dari Sabah atau Sarawak (paling baiknya dari Parti Warisan Sabah).

Akhirnya sekali, Kementerian Komunikasi dan Multimedia wajar melancarkan pasukan penerangan atau publisiti yang celik multimedia dan mantap supaya dapat menangkis fitnah2 pembangkang (atau Pakatan Harapan haters). Jangan lemah menjawab tohmahan dan fitnah mereka dalam persada media sosial, dan janganlah asyik bilang pasal teknologi 5G dan terlupa pasal komunikasi dwihala antara kerajaan dengan ra'ayat pula!

Dikarang pada 22/12/2019, 9.39 pm;
Dikemaskini pada 7/1/2020, 8.34 pm

Ulasan

Catatan Popular