24/2/2020

29 Februari 2016, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengundur diri dari parti United Malays National Organisation. Beliau kemudian menubuhkan parti PPBM (Bersatu).

10 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan selepas beliau mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ketujuh. Jemaah menteri beliau dilengkapkan dalam tempoh dua bulan kemudian.

24 Februari 2020, kerajaan Pakatan Harapan sedang mengalami pergolakan dalaman. Parti2 pembangkang telah bersiap siaga untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan. Pada masa inilah Tun Dr. Mahathir Mohammad meletakkan jawatan Perdana Menteri. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim. Pada masa yang sama, seluruh jemaah menteri diberhentikan daripada menjalankan tanggungjawab (atau amanah) mereka.

----

Perubahan landskap politik semasa:
Semalam, 23hb Februari 2020, Pakatan Harapan (yang memegang 129 kerusi yang merangkumi 50 daripada PKR, 42 daripada DAP, 26 daripada Bersatu, dan 11 daripada Amanah) bersama Parti Warisan Sabah (9 kerusi) dan UPKO (1 kerusi) masih berkerajaan dengan majoritinya sebanyak 139 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Secara ringkasnya, 129+9+1= 139 (>112)

Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan tumbang kerana kerusi pegangannya menyusut daripada 139 ke 102. Ia disebabkan oleh keluarnya 11 orang ahli parlimen pro-Azmin dari PKR dan penarikan diri parti Bersatu dari perikatan asal. Secara ringkasnya, 139-11-26=102 (<112). Keadaan ini berbahaya terhadap keutuhan Pakatan Harapan kerana ia membuka peluang untuk parti2 lain mengambil kesempatan untuk bergabung dan menubuhkan kerajaan baharu tanpa memerlukan pilihan raya baharu.

Walau bagaimanapun, perkembangan dalam arena politik senantiasa berubah. Nasib Pakatan Harapan sama ada terus berkerajaan seperti biasa atau tidak sangat bergantung kepada karenah ahli2 politik yang berperanan besar dan penting dalam persejajaran gabungan politik dari masa ke masa. Jangan terperanjat pulak apabila seseorang yang dulunya setia kepada partinya tiba2 berpaling tadah ke sisi pesaing partinya.

11.01pm
24/2/2020

Ulasan

Catatan Popular