12 FEBRUARI 2014

Pada sekitar bulan Mei tahun lalu, ia merupakan suatu tempoh pilihan raya umum yang dijalankan di Malaysia. Ramai warga muda, termasuk saya, mengambil perhatian akan perkembangan isu-isu politik watan. Oleh yang demikian, saya menggambarkan sesuatu 'negeri maya' yang terdiri daripada 83 (sebelum itu 84 orang) orang wakil rakyat. Idea ini sebenarnya diilhamkan daripada senarai pelajar sekelompok termasuk saya. Ia juga diilhamkan selepas menelaah peta kawasan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen.

Oleh itu, saya reka dan lukis sempadan 'negeri maya' bersahaja. Selepas itu, saya mereka sempadan 83 kawasan wakil rakyat. Senarai wakil rakyat turut diagihkan mengikut urutan huruf-huruf Rumi. Yang berikut merupakan peta 'negeri maya' yang telah dilukis dan diwarnakan.

Kawasan wakil rakyat bagi 'negeri maya'. Terdapat 83 kawasan yang ditunjukkan dengan sempadan.

Mengikut idea, bahagian timur adalah kawasan persisiran pantai dan juga tumpuan metropolitan utama. Manakala bahagian barat dan selatan merupakan kawasan pergunungan yang ada beberapa zon lembah subur. Bahagian utara merupakan sebahagian timur tanjung.

Daerah-daerah 'negeri maya' mengikut warna.

Susunan kawasan wakil rakyat 'negeri maya'. Kawasan yang berwarna merupakan kawasan pegangan wakil rakyat berjawatan pemimpin.

Erm... begitulah lukisan saya yang telah diilhamkan daripada peta kawasan pilihan raya yang hanya dapat diperoleh semasa musim pilihan raya umum.


Ulasan

Catatan Popular