20 FEBRUARI 2014

Pada dewasa ini, kurasa suatu fenomena yang amat memesongkan kemahiran berfikir di kalangan pemimpin. Mereka seakan-akan mengurniakan habuan hanya berdasarkan undi sahaja, bukan kebajiakn rakyat tanpa mengira ideologi politik. Mereka ini juga mmberikan alasan bahawa kaum X menyokong kerajaan (sebenarnya parti pemerintah dalam maksud tersirat) dan kaum Z membantah/ membangkang kerajaan, dengan HANYA berdasarkan kapasiti penerimaan ideologi parti tersebut antara kedua-dua kaum. Saya rasa golongan-golongan yang asyik mengatakan bahawa bantuan penting wajar diberikan (atau dikurniakan dalam takrif mereka) kepada sesiapa yang menyokong/ mengundi parti pemerintah adalah sesiapa yang teracun oleh prinsip 'you help me, i help me'. Prinsip ini memesongkan prinsip keperikemanusiaan sejagat yang menegaskan sumbangan tanpa mengira balasan materialistik. Ringkasnya, jasa baik atau mulia seseorang pemimipin atau aktivis akan tetap dikenang budi dan dipuji dalam penilaian masa dari segi penaakulan personaliti biarpun mereka kurang dapat sokongan yang dijangkakan.


P/s: Komen tersebut merupakan komen peribadi saya. Ia hanya perasaan hampa biasa saja.

Ulasan

Catatan Popular