4 FEBRUARI 2014
Hari ini dalam sejarah:
Pada 4 Februari 2009, kerajaan Perak yang dikendali oleh Pakatan Rakyat telah ditumbang secara tidak rasmi. Pada waktu petang hari itu, timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan bahawa Barisan Nasional telah mendapat mandat pentadbiran negeri Perak semula dengan majoriti ringkas. Beliau menegaskan bahawa 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menyuarakan pendirian pro-Barisan Nasional dan seterusnya menjadikan kerusi pegangan Barisan Nasional di DUN tersebut menambah ke 31 kerusi, mengatasi 28 kerusi pegangan Pakatan Rakyat. Pengumuman gempar ini telah disiarkan dan dihebohkan secara langsung menerusi radio televisyen TV1. Tayangan menunjukkan Datuk Seri Najib berdiri di depan kalangan ahli-ahli parti bersama 3 orang ADUN tersebut.
5 tahun kemudian....
Barisan Nasional masih memegang mandat pentadbiran negeri Perak. Pada 5 Mei 2013 lalu, dengan adanya pembantu 'GERRYMANDERING' yang amat mujarab sekali, Barisan Nasional berjaya memenangi 31 kerusi DUN Perak bersama 44% daripada jumlah undi popular negeri. Pakatan Rakyat pula hanya memenangi 28 kerusi walhal memperoleh 55% daripada jumlah undi popular negeri. Amat sedih buat semua rakyat Perak yang ingin mengembalikan maruah demokrasi. Mereka hampa, pilu dan sedih. Lama-kelamaan, sesuatu kenyataan mula diterima secara umum di kalangan rakyat Perak terutamanya golongan yang bakal mengundi semasa PRU14 kelak. Ia adalah kecelaruan dalam sistem persempadanan kawasan pilihan raya bagi kedua-dua jenis kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ulasan
Catat Ulasan