2/5/2016- KETUA MONARKI
Di dunia ini ada beberapa monarki atau sistem pemerintahan beraja. Ada yang sedang berfungsi sebagai penaung kedaulatan negara di bawah peruntukan perlembagaan negara berkenaan, ada juga yang berperanan sebagai ketua pemerintahan negara. Sehingga hari ini ada tiga orang ketua monarki yang telah berusia tinggi di dunia ini. Mereka adalah Ratu Elizabeth II, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Bhumibol Adulyadej.
Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 21 April 1926 dalam keluarga kerabat Windsor. Baginda mewarisi takhta pada 6 Februari 1952 selepas ayahandanya George V1 mangkat, dan seterusnya dinobatkan secara rasmi sebagai ketua negara United Kingdom serta beberapa negara Commonwealth pada tahun 1953. Kini usianya telah mencecah 90 tahun pada bulan lepas.
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dilahirkan pada 28 November 1927 dalam keluarga kerabat Kedah. Baginda mewarisi takhta sejak 15 Julai 1958 dan dinobatkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah pada tahun 1959. Sebagai salah satu anggota daripada sembilan monarki di Malaysia, baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agung (YDPA) Persekutuan Malaysia buat kali pertama dari tahun 1970 sehingga 1975, dan buat kali kedua mulai 2011 sehingga hujung tahun ini. Kini usianya semakin menghampiri 79 tahun.
Raja Bhumibol Adulyadej pula dilahirkan pada 5 Disember 1927 dalam keluarga kerabat Chakri. Dikenali sebagai Rama IX, baginda mewarisi takhta pada 9 Jun 1946 dan seterusnya dinobatkan secara rasmi sebagai Raja Thai pada tahun 1950. Kini usianya semakin menghampiri 79 tahun.
2/5/2016
2.11 pm
Ulasan
Catat Ulasan