5/5/2016- TIGA TAHUN SUDAH

Pilihan Raya Umum ke-13 telah berlalu selama 3 tahun. Impaknya semakin menonjolkan di arena politik, ekonomi dan kebudayaan nasional. UMNO-BN yg memenang pilihan raya itu semakin dipandang hina oleh orang ramai kerana adanya impak drpd pelaksanaan percukaian GST, skandal 1MDB dan skandal 'dermaan'. Kerajaan pusat kini juga dianggap gagal menangani bibit perkauman, gagal menangkis perangai authoritariannya dlm pentadbiran, serta tidak mampu mengawal pengIslaman secara zahir (superficial) daripada terus menular dlm masyarakat berbilang kaum ini.

Pd 5 Mei 2013, perikatan alternatif yg dikenali sbg Pakatan Rakyat telah memenangi 52% undi popular tetapi kalah dlm jumlah kemenangan kerusi (89 drpd 133). Ini menunjukkan betapa kuatnya sokongan drpd warga Malaysia, khususnya drpd golongan penghuni bandar dan orang muda. Namun bgtu, perasaan pilu dan sedih masih ada sebaik sahaje berita diumumkan bhw perikatan kerajaan terus menang.

Pd 5 Mei 2014, iaitu hari ini pd 2 tahun lalu, Pakatan Rakyat mula menghadapi krisis pertelingkahan pendirian kolektif. Pd masa itu isu pelaksanaan hukuman Hudud hangat dibincang, dan PAS berpendapat beza dgn rakan seperikatan DAP dan PKR. Pertubuhan berhaluan kanan dan pro-Ketuanan Melayu mulai berkecoh di mana2 media massa dan aktiviti publisiti mereka. Malah kehilangan seorang veteran politik pd satu bulan lepas masih segar diingati oleh semua orang.

Pd 5 Mei 2015, iaitu hari ini pd 1 tahun lepas, krisis pertelingkahan dlm Pakatan Rakyat sangat genting. Sebab utama adalah disebabkan oleh cadangan pelaksanaan hukuman Hudud tlh secara rasmi diutarakan oleh kerajaan Kelantan yg diterajui oleh PAS di Dewan Undangan Negeri berkenaan. puak kanan dlm UMNO dan puak United Government dlm PAS semakin mendekati selepas peristiwa tersebut berlaku. Tambahan pula, Kelemahan yg menghantui kewibawaan Pakatan Rakyat semakin menyerlah akibat pemenjaraan Anwar Ibrahim (semenjak 10 Februari 2015) dan peninggalan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (pd 12 Februari 2015). Entahlah macam mana penyokong dan pengundi yg memandang baik terhadap perikatan altrnatif ini akan fikir pasal perubahan ini...

Pd 5 Mei 2016, iaitu hari ini, Pakatan Rakyat telah berkecai. PAS akhirnya berpisah dan bersekutu dgn parti IKATAN (entah tau knp Hadi Awang dan Haron Din buat pilihan sedemikian...). Parti baharu AMANAH yg ditubuhkan oleh para bekas ahli PAS pula bersekutu dgn DAP dan PKR untuk menubuhkan Pakatan Harapan. Kini, citarasa PAS yg sedang diterajui oleh puak konservatif dan pro-United Government semakin rapat dgn UMNO. Perikatan yg dulunya kuat menentang Barisan Nasional kini telah menjadi kurang maya dan masih kehilangan daya ancaman terhadapnya. Sekali lagi, ada penyokong semakin kecewa, ada yg jugak terus menaruh harapan terhadap Pakatan Harapan ini supaya terus memupuk pendemokrasian Malaysian.

5/5/2016
10.57 pm

Ulasan

Catatan Popular