GELOMBANG 'POSTER BOY' VERSI TIDAK RASMI

Dulu ada gelombang Bossku yang kuat ditiup oleh Najib Razak dan penyokong BN, terutamanya penyokong setia beliau. Lantaran itu, beliau menjadi 'Poster Boy' versi tidak rasmi yang paling terkemuka bagi Barisan Nasional sepanjang zaman kerajaan PH 1.0 dan BN+PN (di bawah Muhyddin dan Ismail Sabri).

Sumber: Najib Razak (Facebook)

Mohd Najib Abdul Razak (2019): Malu apa bossku!

--------------

4 tahun kemudian, kini ada gelombang Sanusi yang sedang kuat ditiup oleh Muhd Sanusi Md Nor dan penyokong PN, terutamanya yang berada di Kedah. Maka beliau dijulang sebagai 'Poster Boy' versi tidak rasmi.

Sumber: Malaysiakini

Muhd Sanusi Md Nor (2023): Saya angkat tangan ni lawan Anwar Ibrahim!

P/s: Kebetulan hari jadi Sanusi jatuh pada hari ini. Hehe...


9.44pm

4/8/23

Ulasan

Catatan Popular