PRN KEDAH DI BAWAH AURA SANUSI
PRN menyaksikan Kedah sebagai medan pertarungan yang penting bagi gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Hal ini kerana Kedah masih belum menjadi kubu PAS yang semakin hari semakin utuh semacam Kelantan dan Terengganu.
Aura Menteri Besar Kedah, Muhd Sanusi Md Nor yang berpegang kuasa sejak Mei 2020 bersifat akar umbi. Lantaran itu, beliau telah meniupkan gelora mahakuat baik dalam alam maya seperti TikTok atau di alam realiti seperti aktiviti2 turun padang sambil sembang kopitiam bersama rakyat marhaen. Di sebelah gandingan PH dan BN, aura kedua2 panglima perang yang bernama Saifuddin Nasution dan Madzhir Khalid kurang menyerlahkan. Oleh itu PN Kedah menang besar, tinggal 3 kerusi yang dimenangi oleh PH, sedangkan BN mengalami kekalahan teruk. Ia menepati ramalan Sanusi yang kelihatan sembang kencang. Namun begitu, DAP dan PKR berjaya mengekalkan kubunya di Alor Setar dan Sungai Petani masing2. Amanah selaku pesaing utama PAS dari gandingan berkenaan gagal mempertahankan semua kerusi asalnya.
Keputusan PRN Kedah ini turut menyaksikan kemunculan semula wakil rakyat dari parti Gerakan di dalam dewan perundangan. Hal ini kerana calon PN dari Gerakan telah memenangi kerusi DUN Kulim. Seperti yang dijangka, beliau dilantik sebagai anggota mesyuarat kerajaan (Exco) untuk mewakili kaum bukan Melayu dan bukan Muslim. Ya, PN yang masih tidak dapat memperoleh undi bukan Melayu yang mencukupi berbanding dengan PH amat memerlukan wakil bukan Melayu dan bukan Muslim supaya ia dapat menyerlahkan keabsahan untuk kekal relevan dalam politik negara ini.
Taburan kerusi DUN Kedah menurut keputusan PRN pada 12 Ogos 2023. (Hijau tua: PAS; biru tua: Bersatu; jingga: Gerakan; merah: DAP; biru muda: PKR)
21-29/8/23
9.47am
Ulasan
Catat Ulasan