PRN SELANGOR 2023
Keputusan Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu menunjukkan Gelombang Hijau masih kuat. Di Selangor sebagai medan pertarungan mustahak bagi Perikatan Nasional (PN), mereka bukan saja berjaya merampas beberapa kerusi kubu UMNO traditional di daerah2 utara, mereka juga berjaya menembusi kawasan Lembah Klang. Antaranya ialah kawasan DUN Taman Medan yang terletak di bandaraya Petaling Jaya.
Pencapaian ini luar jangkaan orang ramai, serta melambangkan amaran bahawa Selangor tidak lagi berperanan sebagai kubu terutuh bagi PKR dan sekutunya..
Selain kawasan DUN Taman Medan, kawasan DUN Hulu Kelang turut menyaksikan kemenangan Azmin Ali dalam pertarungan sengit dengan jurang majoriti tipis, iaitu ribuan undi. Ia mengecewakan para penyokong PH yang menanti-nantikan penamatan hayat politik beliau pada PRN ini. Nampaknya reputasi beliau masih berpengaruh dalam kalangan Melayu bandar. Beliau dijangka dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.
Untuk PAS Selangor pula, pengaruhnya di kawasan Sabak, Selat Klang dan Sijangkang masih kelihatan. Hal ini kerana kawasan berkenaan merupakan pangkalan kuat bagi Sallehan Mukhyi, Halimah Ali dan Dr. Ahmad Yunus Hairi masing2. Mereka pernah berkhidmat sebagai EXCO semasa pentadbiran zaman Khalid Ibrahim.
Untuk UMNO pula, pengaruh Noh Omar yang kini berada di sisi PN menyebabkan kerusi tradisional UMNO di Tanjung Karang jatuh ke tangan PN. Namun begitu, Johan Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi kepimpinan negeri berjaya memenangi kerusi Dusun Tua, maka pencapaian sedemikian serba sedikit mencerahkan peluang UMNO untuk menyertai struktur pentadbiran negeri ini.
16/8/23
1.34pm
Ulasan
Catat Ulasan