CALON PM10

Sebagai orang Perak, saya sangat kagum akan keputusan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun. Beliau dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri ke-10 (PM10) bagi PH + MUDA. Jika beliau berjaya menewaskan Ahmad Faizal Azumu dan Aminuddin Md Hanafiah (calon PN dan BN masing2), maka beliau ada kelayakan dan peluang untuk menjadi PM10.

Untuk pihak BN pula, ya, Ismail Sabri yang menjadi PM9 sejak 21 Ogos tahun lalu sepatutnya diangkat sebagai calon PM10, bukan Ahmad Zahid yang masih terpalit dengan kes mahkamah. Namun begitu, Ahmad Zahid masih pengerusi UMNO dan BN, maka senang dianggap sebagai calon PM10 jika BN menang besar. Menurut amalan sebelumnya, ketua parti atau perikatan politik yang memperoleh majoriti kerusi parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri, melainkan beliau sudi melepaskan peluang kepada calon lain (seperti yang dilakukan oleh Wan Azizah sebagai pengerusi PKR pada Mei 2018). Oleh itu, saya tetap menganggap Ahmad Zahid sebagai calon PM10 melainkan beliau sudi melepaskan peluang kepada Ismail Sabri (PM9), atau namakan calon lain (seperti Hishamuddin Hussein yang diuar-uarkan dalam sesetengah desas-desus).

Kesimpulannya, saya sebagai orang Perak tetap melihat negeri ini bakal menghantar Perdana Menteri ke Putrajaya: Kalau PH + MUDA menang besar, Anwar Ibrahim yang memenangi kerusi Tambun akan mengangkat sumpah menjadi PM10. Sebaliknya, Ahmad Zahid yang memenangi kerusi Bagan Datoh akan mengangkat sumpah menjadi PM10 kalau BN menang besar, melainkan beliau namakan calon lain sebagai PM10.

5/11/2022

1pm

Ulasan

Catatan Popular