PH DI PAHANG
Buat kali pertama PH mentadbir Pahang bersama BN. Memandangkan PH yang memenangi 8 kerusi menjadi 'kingmaker', oleh itu BN yang hanya memenangi 16 kerusi memilih untuk mendirikan kerajaan negeri bersamanya. Wan Rosdy Wan Ismail sebagai ADUN Jelai dari BN-UMNO dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Dijangka 2 orang ADUN dari PH menjawat ahli majlis mesyuarat negeri (Exco).
PN pula menjadi pembangkang DUN Pahang. Dijangka Tuan Ibrahim Tuan Man (ADUN Cheka) diangkat sebagai ketua pembangkang.
Ia bersejarah buat PH Pahang kerana ia kemuncak pencapaian di Pantai Timur buat setakat ini. Kena ingat PH hanya berpengaruh di bahagian barat Pahang (Tanah Rata, Tras, Bentong), Triang, Mentakab dan sekitar pusat bandar Kuantan.
Diharap PH Pahang dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang supaya menyakinkan warga negeri dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.
29/11/2022
3.38pm
Ulasan
Catat Ulasan