KERAJAAN CAMPURAN DI PERAK

Perak dilihat sebagai medan pertempuran utama antara PH, BN dan PN. impian 'Koridor Harapan' dikemukakan untuk menunjukkan betapa pentingnya Perak dalam perancangan strategi PH. Negeri ini turut menyaksikan pertembungan antara Anwar Ibrahim (Pengerusi PH) dan Ahmad Faizal Azumu (Timbalan Presiden Bersatu) di kerusi parlimen Tambun. 

Keputusan PRU15 bagi kerusi parlimen dan DUN di Perak sama memperanjatkan orang ramai seperti yang didedahkan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Pahang. Kelihatan banyak kubu2 tradisional UMNO di sebelah utara Perak berjaya ditembusi dan dimenangi oleh PN. Justeru itu, PN berjaya meraih 10 dan 26 kerusi parlimen dan DUN masing2, mencatat bilangan yang amat memberangsangkan. Sebaliknya, BN hanya memenangi 3 dan 9 kerusi parlimen dan DUN masing2. Pengerusi UMNO hanya menang tipis di kerusi parlimen Bagan Datoh. Di samping itu, PH memenangi 11 dan 24 kerusi parlimen dan DUN masing2, termasuk kedua2 kerusi Teluk Intan dan Kepayang yang ditanding oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Keputusan PRU15 di kawasan parlimen negeri Perak menerusi lambang warna (merah= PH; biru tua= PN; biru muda= BN)  

Selain itu, Lembah Kinta masih kubu kuat PH di mana hampir semua kerusi berjaya dipertahankan oleh parti masing-masing sehingga ada ramai calon pihak lawan kehilangan deposit. Anwar Ibrahim berjaya menewaskan Ahmad Faizal Azumu dengan cemerlang. Selain berjaya mengekalkan DUN Hulu Kinta, Simpang Pulai dan Teja, PKR juga berjaya memenangi kerusi DUN Tualang Sekah daripada UMNO. DAP pula berjaya memenangi kerusi Buntong dan Tronoh yang sebelumnya dipegang oleh ADUN bekas anggota DAP 'katak politik'. Namun begitu, kawasan DUN manjoi yang merangkumi Gugusan Manjoi, Meru Raya, Klebang dan Chemor berjaya dimenangi oleh calon PN-PAS. Ia bererti wakil rakyat dari PAS hadir semula di Lembah Kinta selepas 4 tahun kekosongan. Kesudahan ini menyebabkan Mohd Nizar Jamaluddin menjadi satu2nya wakil rakyat Amanah yang masih hadir di Lembah Kinta serta di Perak. 

Keputusan PRU15 di kawasan2 DUN Perak menerusi lambang warna (merah= PH; biru tua= PN; biru muda= BN)

Semua kerusi DUN di Lembah Kinta berjaya dimenangi oleh PH (merah) kecuali Manjoi yang dimenangi oleh PN (biru tua). 

Memandangkan tiada pihak mencapai majoriti dalam DUN Perak, maka munculnya dewan tersangkut. PN sebagai juara sepatutnya mencari PH atau PN untuk mencapai majoriti sebelum mendirikan kerajaan campuran, namun PN menolak PH ke tepi. Maka BN merebut peluang untuk menjalin kerjasama dengan PH atas strategi pembendungan pengaruh PN daripada terus meresap kubu tradisionalnya.

Langkah yang diusahakan oleh BN dan PH Perak berjaya mencapai majoriti dewan, maka berdirinya kerajaan campuran yang bersejarah dalam sejarah tanah air kita. Menteri Besar telah dipersetujui untuk diberikan kepada Saarani Mohamad. Agihan ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco) bagi PH dan BN dimuktamadkan dalam nisbah 7:3. Kerajaan negeri Perak pasca-PRU15 berfungsi seperti biasa selepas Menteri Besar dan barisan Exco mengangkat sumpah pada 21 dan 22 November masing2.

24/11/2022
12.42am


Ulasan

Catatan Popular