PERTAMA KALI DALAM SEJARAH

Keputusan PRU15 telah menunjukkan bahawa PH bersama MUDA telah memenangi 82 kerusi. Ia bertaraf juara berbanding dengan parti dan perikatan politik lain2. PN memenangi 73 kerusi serta 6 lagi kerusi menerusi GRS di Sabah. BN hanya memenangi 30 kerusi. GPS pula memenangi 23 kerusi. Parti Warisan Sabah yang nekad bertanding 25 kerusi parlimen di Sabah, 1 kerusi parlimen di Labuan dan 25 kerusi parlimen di Malaya hanya berjaya memenangi 3 kerusi sahaja.

Buat pertama kali tiada mana2 parti dan perikatan politik mencapai majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat.

Buat pertama kali, PH bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan BN untuk dirikan kerajaan di Perak. Barisan pimpinan campuran turut ditubuhkan pada satu hari selepas Menteri Besar Perak dari BN-UMNO mengangkat sumpah pada 21 November 2022.

Beberapa hari kemudian, BN bersetuju untuk memberi sokongan kepada calon Perdana Menteri dari PH. Ia langkah buat pertama kali dalam 48 tahun sejak ditubuhkan. Keputusan ini dibaca sebagai langkah penyelamatan diri sendiri daripada ditekan oleh PN yang berjaya menembusi kubu tradisonalnya.

Setiausaha Agung DAP memohon maaf kepada GPS dan warga Sarawak atas kekhilafan kata dan tingkah laku anggota kepimpinan DAP yang telah dilakukan sebelumnya. Buat kali pertama GPS bersetuju untuk meleraikan persengketaan dengan DAP dan bersetuju untuk memberi sokongan kepada calon Perdana Menteri dari PH.

Akhir sekali, sama dengan di Perak, BN, GPS, Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) buat kali pertama bersama PH mendirikan kerajaan persekutuan. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Pelantikan ini dikuatkuasa secara rasminya selepas beliau mengangkat sumpah pada 24 November 2022. Buat kali pertama Perak mengemukakan Perdana Menteri Malaysia di depan mata rakyat jelata.

Ketidaktentuan pasca-PRU15 telah tamat setelah kerajaan campuran (atau secara spesifiknya 'grand coalition government') telah ditubuhkan atas nama 'kerajaan perpaduan'. Saya yakin formula sedemikian akan digunapakai oleh PH dan BN Pahang untuk mendirikan kerajaan negeri tidak lama kemudian.

#KitaBoleh

#KemakmuranDanKestabilan

25/11/2022

10.27pm

Ulasan

Catatan Popular