24 JUN 2013
Sabtu lalu, 22 Jun 2013, Perhimpunan BLACK505 berjaya dilangsungkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Meskipun jerebu menghantui penduduk Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutamanya bagi rakyat yang mendiami di Selatan Johor, namun di pusat kota raya Kuala Lumpur dilanda oleh gelombang manusia yang datang untuk menyertai aktiviti tersebut. Orang ramai turun padang dan menyertai perhimpunan ini demi menuntut ketiga-tiga tuntutan terhadap pembaharuan sistem pilihan raya, iaitu peletakan jawatan pengerusi dan naib pengerusi Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) bagi ketidakcekapan dalam kelangsungan pilihan raya umum lalu, pilihan raya dijalankan semula di kawasan-kawasan yang berlaku pertikaian, dan persempadanan kawasan pilihan raya semula dan apa-apa proses lain dihentikan serta merta sehingga SPR baharu dibentuk.
Dalam Perhimpuan tersebut, banyak peserta terdiri daripada setiap kaum, tidak kiralah orang Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, malah orang Asli turut turun padang demi memprotes penipuan dan pemanipulasian pilihan raya umum lalu. Mereka memakai topeng, kostum malah mekap yang menarik perhatian supaya perhatian terhadap tuntutan tersebut dapat diberi perhatian. Ada beberapa orang polis membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan di sekitar jalan besar dan Padang Merbok.
Semangat 1Malaysia terus terserlah dalam aktiviti ini. Diharapkan orang lain usah menganggap perhimpunan ini sebagai perosak perpaduan negara.

24 Jun 2013
2.08 pm
Ulasan
Catat Ulasan